Timbalan Menteri Luar Rusia, Sergei Ryabkov semalam sekali lagi memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) bahawa tindakan yang menjejaskan perjanjian peluru berpandu balistik jarak pertengahan (IRBM) akan memusnahkan mekanisme pengawalan senjata nuklear. AS perlu memahami tanggungjawabnya.
Ryabkov berkata, Rusia mematuhi sepenuhnya IRBM. Pihaknya akan memberi reaksi menurut arahan Presiden Vladimir Putin jika AS tidak lagi menepati perjanjian itu.
Tambah beliau, tuduhan AS bahawa Rusia menguji dan menempatkan sistem peluru berpandu krus darat yang dilarang dalam IRBM adalah tidak berasas. AS perlu menyedari bahawa memberikan tekanan ekonomi dan ketenteraan kepada Rusia tidak berkesan ketika menangani isu IRBM.