Cari:
Rusia Setuju Operasi Pengaman PBB di Ukraine
2018-01-31 14:41:10 CRI Cetak

Utusan khas kerajaan Amerika Syarikat (AS) tentang isu Ukraine, Kurt Volker berkata, Rusia telah bertolak ansur dalam masalah penempatan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di kawasan konflik Donbas, Ukraine. Rusia "bersetuju operasi pengamanan antarabangsa diperluas ke seluruh kawasan konflik".

Volker menyatakan demikian apabila menjelaskan hasil rundingannya dengan Penolong Presiden Rusia, Vladislav Surkov kepada media Isnin lalu.

Beliau berkata, pendirian Rusia lebih "terbuka" dalam rundingan tersebut. Operasi pengamanan PBB mungkin dimulakan dari garis pemisah antara pasukan tentera kerajaan Ukraine dengan kumpulan militan, dan seterusnya diperluas ke seluruh kawasan konflik.

Volker menambah, AS berharap operasi pengamanan PBB boleh mendapat mandat dijalankan di lebih banyak kawasan agar memelihara keamanan di seluruh kawasan konflik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China