Cari:
• Wamao, Hiasan Atap Rumah
Hiasan di atap rumah merupakan komponen penting bangunan rumah rakyat China. Selepas zaman Dinasti Han iaitu pada tahun 206 sebelum Masihi hingga tahun 220 Masihi, ukiran batu bata berbentuk ikan ditempatkan pada bumbung atap rumah oleh rakyat China.
• Penggaris Modou
Modou merupakan peralatan tukang kayu tradisional China. Ia biasanya digunakan untuk membuat garis lurus yang panjang. Reka bentuk Modou pelbagai. Penampung dakwat ada yang berbentuk pic, ada yang berbentuk ikan dan ada juga yang berbentuk naga.
• Kasut Bersulam
Kasut bersulam, sejenis kraf tangan tradisional China yang selalu dibuat oleh golongan wanita. Bentuknya sangat cantik seperti dua perahu. Kasut ini disulam dengan bunga-bungaan yang berwarna merah, kuning, biru dan dengan simbol yang lain.
• Selendang
Selendang, sejenis pakaian hiasan yang berkembang pada era Dinasti Sui, dipakai di atas bahu dengan mengelilingi leher. Sehingga Dinasti Qing, selendang baru menjadi popular di kalangan wanita dan menjadi pakaian hiasan yang mesti dipakai oleh pengantin.
• Anak Patung Tanah Liat Huaiyang
Bandar Huaiyang di Provinsi Henan terkenal dengan pembuatan anak patung liat "ninigou" yang bentuknya cukup aneh, seperti burung berkepala sembilan, dan harimau dengan kepala manusia dan tubuh binatang.
• Patung Tanah Yutian
Kampung Yutian di Provinsi Hebei, bahagian utara China, terkenal dengan pembuatan patung tanah liat. Teknik membuat patung ini mula diperkenalkan sejak Dinasti Qing, dan diwarisi dari generasi ke generasi hingga ke hari ini.
• Patung Tanah Liat Fengxiang Shaanxi
Patung tanah liat Fengxiang, Provinsi Shaanxi mempunyai sejarah kira-kira 3,000 tahun. Patung ini terkenal dengan gaya unik dan seni rupa dengan citra yang gagah dan indah dengan warnanya cerah dan garisnya yang kasar.
• Ukiran Batu Jed
China dipandang sebagai sebuah negara pengeluar batu jed utama di dunia. Seni ukiran batu jed mempunyai sejarah kira-kira 8,000 tahun di negara ini. Batu Jed bagi orang China melambangkan kebaikan, kemuliaan dan keindahan.
• Seni Lipatan Kertas
Seni lipatan kertas China, berasal dari adat resam pengebumian. Ia merupakan seni kalangan rakyat yang menggabungkan seni guntingan kertas, pematungan tanah liat dan seni lukis. Hasil kerja tangan ini sangat halus pada pandangan.
• Sulaman Su
Sulaman Su, iaitu sulaman Suzhou dari Provinsi Jiangsu, yang mempunyai sejarah kira-kira 2,000 tahun, terkenal dengan tahap ketukangan yang halus.
• Sulaman Yue
Sulaman Yue, merupakan panggilan umum bagi produk sulaman Guangzhou, Chaozhou, Shantou, Zhongshan dan Shunde di Provinsi Guangdong. Naga, phoenix, bunga dan burung menjadi hiasan sulaman ini.
• Sulaman Shu
Sejak zaman Dinasti Han, teknik menyulam sudah menjadi popular dalam kalangan rakyat. Pada era Lima Dinasti dan Sepuluh Negara (tahun 907-960 Masihi), situasi politik yang aman serta permintaan yang tinggi terhadap hasil jahitan telah merangsang sulaman ini berkembang dengan pesat.
• Sulaman Xiang
Sulaman Xiang dari Provinsi Hunan terkenal dengan sejarahnya yang lama, tahap ketukangan yang halus, serta teknik dan gaya menjahit yang tersendiri. Sutera tulen, satin keras, satin lembut dan nilon serta benang sutera yang berwarna-warni merupakan bahan jahitan sulaman ini.
• Porselin Putih Berbunga Biru
Porselin putih berbunga biru, kraf tangan yang amat popular pada zaman Dinasti Yuan.Barang porselin pada masa itu terbahagi kepada dua jenis, iaitu yang mewah yang disimpan oleh bangsawan dan yang sederhana untuk kegunaan harian.
• Teko Teh Zisha
Ada bermacam-macam teko teh di China, antaranya, yang paling terkenal ialah teko teh Zisha buatan Yixing, Provinsi Jiangsu di timur China. Tanah liar yang paling sesuai untuk membuat teko ini ialah tanah ungu, tanah hijau dan tanah merah.
• Pau Wangi
Pau wangi merupakan sejenis kraftangan yang amat popular di kalangan rakyat China. Ia diisikan dengan daun argyi yang berfungsi menyingkirkan nyamuk dan bermanfaat bagi kesihatan manusia. Pau itu juga boleh digunakan untuk menyimpan barang-barang kecil.
• Cloisonne
Cloisonne merupakan sejenis kraf tangan yang menyepadukan teknik pembuatan gangsa dan tembikar serta seni lukisan tangan dan teknik ukiran tradisional China.
• Kunci Usia Panjang
Biasanya kunci usia panjang dibuat daripada satu papan perak berbentuk kunci diikat dengan satu rantai leher perak. Ia merupakan sejenis hiasan yang selalu dipakai oleh kanak-kanak bangsa Han China.
• Baju "Baijiayi"
Baju "Baijiayi", sejenis pakaian kanak-kanak tradisional China, dianggap sebagai simbol harapan ibu bapa supaya anak-anak mereka dapat membesar dalam keadaan yang sihat.
• Pakaian Dalam "Dudou"
Dudou merupakan sejenis pakaian dalam tradisional China yang dipakai pada bahagian dada dan perut. Gambar-gambar sulaman padanya mempunyai makna "menolak bala dan membawa tuah".
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China