Cari:
• Tanglung dengan Gambar Yang Berputar-putar
Tanglung dengan gambar yang berputar-putar merupakan sejenis tanglung yang sering kelihatan pada hari raya tradisional China seperti Tahun Baru, Capgome, dan Pesta Kuih Bulan.
• Layang-layang
Layang-layang muncul pada zaman Musim Bunga dan Gugur. Kononnya, Mozi pernah menyelidik dan membuat burung kayu selama tiga tahun. Burung yang dibuat dengan menggunakan kayu ini hanya berterbang sehari saja dan jatuh.
• Kain Celup dengan Mengikat
Mencelup kain dengan cara mengikat sebahagian kain supaya bahagian ini tidak berwarna. Cara mencelup ini merupakan kesenian tradisi China yang telah mempunyai sejarah lama. Bahagian-bahagian yang tidak berwarna biasanya merupakan sejenis gambar seperti bunga dan lain-lain.
• Liuli
Kononya liuli ini dikeluarkan pada tahun 493 sebelum Masehi ketika Fan Li bertugas menempa keris untuk Raja Yue. Fan Li berpendapat bahan ini ialah inti sari dari langit dan bumi dan menyumbangkannya kepada raja. Raja menyanjung tinggi jasa Fan Li dan menganugerahkan bahan yang istimewa ini kepadanya dan menamakan bahan ini "li".
• Wayang Kulit Yang Paling Awal
Menurut cerita yang dicatat dalam buku sejarah China, kira-kira 2,000 tahun yang lalu, Puan Li, gundik yang paling dicintai oleh Maharaja Wu Dinasti Han meninggal dunia kerena penyakit. Maharaja Wu merasa sangat sedih hingga tidak mahu menguruskan pentadbiran.
• Boneka
Seni persembahan boneka China telah mempunyai sejarah yang lama di China. Dalam penemuan arkeologi di Shandong pada tahun 1978, boneka yang diperbuat pada zaman Dinasti Han (202 S.M-220 M) yang boleh bergerak telah didapati.
• Batu Tinta
Batu tinta bersama-sama kertas, tinta dan berus China digelar sebagai empat alat kaligrafi yang paling berharga dalam bilik membaca China. Di samping itu, disebabkan batu tinta mudah disimpan lama, ia selalu digemari oleh sarjana China sebagai sejenis koleksi.
• Ukiran Tulang
Seni ini menggunakan tulang dari pelbagai jenis binatang sebagai bahan sumbernya dan ia diukir menjadi pelbagai bentuk objek sebagai suatu kraf tangan. Seni ini mempunyai sejarah yang lama.
• Ukiran pada Buluh
China merupakan negara pertama yang menggunakan barangan yang dibuat daripada buluh. Oleh itu, ukiran buluh China juga mempunyai sejarah yang lama. Tukang ukir China suka mengukir pelbagai jenis gambar atau huruf pada buluh atau mengukir akar buluh untuk menjadikannya hiasan.
• Ukiran Bata
Seni ukiran bata China telah disenaraikan sebagai warisan budaya bukan benda peringkat negara. Ia berasal daripada ukiran jubin pada zaman Dinasti Zhou Timur (770-256 Sebelum Masehi) dan bata bergambar pada zaman Dinasti Hang (202 Sebelum Masehi-220 Masehi).
• Ukiran Batu Qingtian
Ukiran batu Qingtian mempunyai sejarah yang lama. Menurut hasil penyelidikan arkeologi, ia berasal dari zaman dinasti Shang (1600-1046 Sebelum Masehi). Sejak abad ke-19, ukiran ini banyak kali memenangi hadiah dalam pelbagai pameran antarabangsa.
• Ukiran Timbul Ou
Ukiran timbul Ou ialah sejenis ukiran timbul yang berwarna. Ia merupakan kraf tangan yang khusus dari kawasan Wenzhou, provinsi Zhejiang. Seni ini menggunakan tanah yang halus yang dicampur dengan minyak Tung sebagai bahan asasnya. Kebanyakan ukiran timbul Ou ini digunakan sebagai hiasan pada bangunan dan perabot.
• Patung Tanah Liat Huishan
Patung tanah liat Huishan diperbuat daripada tanah liat hitam yang terdapat kira-kira semeter di bawah permukaan tanah Gunung Huishan di Wuxi. Tanah liat jenis ini sangat halus dan bersesuai untuk dibentukkan menjadi patung.
• Lukisan dalam Botol
Lukisan dalam botol merupakan sejenis kraf tangan tradisi China. Biasanya tukang yang mahir akan menggunakan berus yang sangat halus untuk melukiskan gambar di dalam botol yang dibuat daripada kaca, kristal atau ambar. Seni ini amat popular di kawasan Beijing, Shandong, Guangdong dan Hebei.
• Lukisan Keliling Kang
Kang ialah sejenis katil yang diperbuat dengan menggunakan batu bata. Api boleh dinyalakan di bawahnya katil ini panas. "Kang" ini digunakan secara meluas di kawasan desa di bahagian utara China yang cuacanya selalu sejuk.
• Gambar daripada Jerami Gandum
Gambar daripada jerami gandum yang paling awal ini dihasilkan pada zaman Dinasti Sui dan Tang (581-907). Jerami gandum berkilat dan cantik, dan mudah dicarik. Seniman merekat carikan jerami gandum ini menjadi gambar tokoh, bunga, burung dan binatang.
• Lukisan Bulu Unggas
Lukisan bulu unggas ini merupakan sejenis seni tradisi yang unik di China. Ia menggunakan bulu unggas sebagai bahan untuk mencipta gambaran seperti pemandangan, tokoh-tokoh terpilih, bunga, burung, ikan dan binatang, dan kelihatan sangat istimewa.
• Lukisan Kulit Telur
Menurut tradisi di Suzhou, Provinsi Jiangsu, tukang kraf tangan tempatan akan mengerudi satu lubang kecil pada kulit telur itik untuk mengluarkan isinya, yakni putih dan kuning telur. Kemudian, dia akan melukis gambar ikan atau merekat kertas yang berwarna-warni pada kulit telur itu.
• Lukisan Abu
Lukisan abu merupakan sejenis lukisan tahun baru China yang popular di Kaunti Gaomi Provinsi Shandong. Ia mula wujud pada akhir Dinasti Ming (1368-1644). Tukang tempatan membakar batang pakok willow dan melukis draf dengan abunya. Selepas itu, mereka melapiskan kertas ke atas draf abu tersebut supaya draf itu disalin.
• Ukiran Kayu Kemuning
Ukiran ini menggunakan kayu kemuning yang sangat berharga di China sebagai bahan asasnya. Pada awal abad ke-20, ukiran kayu memuning ini telah mendapat penghargaan antarabangsa dalam Ekspo Dunia Pasifik-Banama dan menjadi sangat terkenal di seluruh dunia.
1 2 3 4 5 next
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China