Ukiran Karbon Ukiran karbon iaitu dengan mengambil karbon yang diaktifkan sebahgai bahan dan ditekan sehingga menjadi bentuk tertentu. Seterusnya ia diukir oleh tukang yang mahir dan diwarnakan. | Sutera Tenuman Menenum sutera merupakan sejenis kraf tangan tradisi China. Ia berkait dengan pemeliharaan ulat sutera. Pada kira-kira empat hingga lima ribu tahun lalu, orang China sudah mula memelihara ulat sutera. Dengan menggunakan sutera, pengeluaran barang yang dibuat daripada sutera telah berkembang dengan pesat, dan menenum sutera sebagai sejenis kraf tangan juga menjadi popular. |
Lukisan Besi Lukisan besi ialah kraf tangan yang sangat istimewa dari Wuhu, provinsi Anhui. Seni ini menggunakan kepingan besi dan dawai untuk membuat lukisan dengan cara menempa dan mengimpalnya. Lukisan besi ini dihasilkan dengan menggunakan teknik seni guntingan China, teknik ukiran dan teknik kraf tangan tradisi China yang lain. | Ikatan China "Ikatan" merupakan hiasan yang dibuat dengan tali yang dianyam. Ia bersama-sama seni hiasan kain dan sulaman merupakan tiga jenis kraf tangan yang paling penting di China. Ikatan China mempunyai sejarah yang lama dan kandungan budaya yang luas. |
Uncang Batu Api Uncang batu api merupakan kraf tangan tradisi etnik Lahu. Pada masa dahulu, uncang ini biasanya dibuat dengan kain yang ditenun oleh orang etnik Lahu sendiri. Bahagian luarnya dihias dengan gambar yang disulam atau ditampal dengan perca kain yang berwarna-warni. | Tong Pa Tong Pa merupakan sejenis beg gantung yang digunakan oleh etnik Dai, Yi, Hani, Jingpo dan pelbagai etnik minoriti yang lain di Provinsi Yunnan China. Antara semuanya Tong Pa yang dibuat oleh orang etnik Dai mempunyai sejarah yang paling lama. |
Anyaman Bilah Buluh Orang etnik Dai sangat pandai menganyam bilah buluh. Jika kita masuk ke rumah orang Dai, kita akan masuk ke dunia yang dianyam dengan bilah buluh. Dinding rumah daripada bilah buluh, tikar, kerusi, topi dan hampir semua barang kegunaan sehari-hari mereka dibuat daripada bilah buluh yang dianyam. | Batik Etnik Dai Kepandaian membuat batik oleh orang etnik Dai ini diwarisi dari generasi ke generasi sejak sekian lama, dan ini membentuk ciri istimewa batik etnik ini. Batik ini biasanya dibuat daripada kain putih yang ditenun oleh orang etnik ini sendiri. |
Ukiran Kayu Jianchuan Ukiran kayu ini dinamakan sedemikian kerana dikeluarkan dari Kaunti Jianchuan, Dali di Yunnan. orang etnik Bai di sini telah menyerap budaya dan teknik mengukir kayu dari pelbagai etnik lain dan lama kelamaan membentuk teknik mengukir kayu mereka sendiri yang istimewa. | Keris Husa Etnik Achang Keris etnik Achang amat terkenal ini dibuat di kampung Husa Provinsi Yunnan. Oleh itu, ia juga dikenali sebagai Keris Husa. Nenek moyang orang etnik Achang sudah mahir menuang besi sejak zaman Dinasti Tang (tahun 618-907). Pada tahun 1441 hingga 1449, ketika tentera Maharaja Dinasti Ming berperang dengan kerajaan etnik Dai, kebolehan penuangan besi etnik Han telah dibawa ke Husa. |
Tali Pinggang Perak Etnik Dai Wanita etnik Dai yang tinggal di Dehong Provinsi Yunnan suka memakai skirt yang ketat dan memakai tali pinggang yang dibuat daripada perak. Tali pinggang perak ini amat penting maknanya bagi wanita etnik Dai. Ia dipercayai diberikan oleh ibu kepada anak perempuan mereka dari generasi ke generasi. | Tembaga Bertompok Tembaga Bertompok merupakan kraf tangan terkenal di Provinsi Yunnan dan telah mempunyai sejarah lebih 300 tahun. Barangan tembaga bertompok diacu dengan aloi yang sebahagian besar kandungannya ialah tembaga yang berkualiti tinggi. |
Perhiasan Perak Etnik Miao Perhiasan perak bagi wanita etnik Miao termasuk perhiasan di kepala, di leher, di dada, pada tangan serta perhiasan khusus untuk perayaan dan lain-lain. | Tembikar Ungu Jianshui Yunnan Tembikar ungu dianggap salah satu daripada empat jenis tembikar yang paling terkenal di China. Ia merupakan kraf tangan tradisi di kaunti Jianshui Provinsi Yunnan dan mulai digemari oleh orang ramai pada penghujung era Dinasti Yuan dan awal era Dinasti Ming (kira-kira tahun 1400 Masehi). |
Tembikar Hitam Tembikar hitam ini merupakan sejenis kraf tangan yang memperlihatkan adat tradisi dan budaya 25 etnik minoriti yang tinggal di Provinsi Yunnan. Bahannya merupakan tanah liat yang hanya terdapat di kawasan Yunnan. | Lukisan Perak pada Kepingan Tembaga Hitam Lukisan perak pada kepingan tembaga hitam merupakan sejenis kraf tangan yang berasal dari Shiping, provinsi Yunnan. Tukang atau pelukis akan mengukir gambar pada kepingan tembaga, dan mengalirkan cecari perak mengikut garis ukiran itu. |
Ukiran Batu Bundar Sungai Kuning Hakisan oleh aliran sungai Kuning telah menjadikan banyak batu bundar dan berwarna-warni di tebingnya. Tukang-tukang yang mahir mengukir jed di Provinsi Gansu memilih batu bundar yang boleh kelihatan di mana-mana sahaja di tebing Sungai Kuning ini sebagai bahan untuk diukir berdasarkan corak pada permukaan batu tersebut. | Anak Patung Harimau daripada Kain Anak patung harimau merupakan permainan yang dihasilkan oleh wanita untuk anak-anak dalam keluarga mereka. Menurut pandangan orang China, harimau merupakan sejenis binatang yang boleh melindungi orang daripada pelbagai kemalangan. |
Lukisan pada Kulit Lembu Lukisan pada kulit lembu merupakan sejenis seni lukisan etnik Mongol yang sangat istimewa. Untuk menghasilkan ukiran ini, mula-mula pelukis akan mengukir garis kasar gambar pada kulit lembu. Kemudian, ia diproses dengan memberikan warna, dan digilap, lalu ditekan lukisan ini menjadi hasil kraf tangan yang penuh dengan ciri-ciri padang rumput Monggolia. | Labu Berukir Hampir setiap keluarga etnik Uygur mempunyai beberapa barangan yang diperbuat daripada labu. Labu digunakan oleh mereka untuk menyimpan air atau barang-barang yang lain. Orang etnik Uygur suka mengukir pelbagai objek pada labu, termasuk bunga dan nama sendiri. |
Webradio | ||||
|
||||
Siaran Bahasa Melayu: | ||||
|
||||
Jadual Siaran |
Dengar Dalam Talian |
Menarik |
Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga |
Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan |
Lagi>> |