Cari:
• Buatan Kulit Pokok Birch
Kraf tangan yang diperbuat daeipada kulit pokok birch berasal daripada barangan kegunaan sehari-hari buatan orang etnik Oroqen. Kawasan kediaman orang Oroqen di bahagian utara China diliputi oleh hutan birch. Kulit pokok birch lembut, ringan dan tidak telap air.
• Botol Tembaga Abdul

Botol Tembaga Abdul merupakan sejenis botol air yang digunakan oleh orang etnik Uygur untuk mencuci air.

• Keris Yengisar
Keris Yengisar ialah kraf tangan tradisional etnik Uygur. Ia telah mempunyai sejarah lebih 300 tahun. Pemuda etnik Uygur dan Khazak di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang sangat suka membawa sebilah keris dalam kehidupan mereka sehari-hari, sama ada untuk memotong buah-buahan dan daging, atau hanya sebagai hiasan sahaja.
• Sutera Aidelaisi
Orang etnik Uygur di kawasan Kashgar dan Hotian sangat berpengalaman dalam bidang pemeliharaan ulat sutera, penghasilan benang sutera dan penyulaman. Kononnya, pada penghujung zaman Dinasti Yuan (abad ke-14), tukang dari kawasan Kashgar dan Hotian telah mempelajari teknik menenun dan mencelup sutera dari Asia Tengah.
• Keris Tibet
Keris Tibet telah mempunyai sejarah lebih 1600 tahun. Ia juga di gelar "Keris Zhele Ganbu". Menurut cerita, nama ini diberikan untuk memperingati seorang pahlawan Tibet, Zhele Ganbu.
• Ka Dian Tibet
Ka Dian bermakna permaidani kecil dalam bahasa Tibet. Ia bersama-sama permaidani Parsi dan permaidani Turki dianggap sebagai tiga jenis permaidani yang paling terkenal di dunia. Ka Dian yang dikeluarkan dari Jiangzi, Tibet menjadi terkenal lebih 600 tahun yang lalu.
• Tianzhu
Tianzhu atau "mutiara langit" merupakan sejenis batu permata yang kebanyakannya dijumpai di pergunungan Himalaya, terutamanya di Tibet. Orang Tibet berpendapat bahawa Tianzhu merupakan batu yang datang dari langit dan merupakan satu daripada tujuh jenis benda yang paling berharga di Tibet.
• Thang-ga
Thang-ga merupakan sejenis seni lukisan yang sangat khusus cirinya dalam budaya etnik Tibet. Lukisan ini mempunyai tema sejarah, politik, budaya dan kehidupan etnik Tibet. Biasanya, Thang-ga dilukis pada kain atau kertas, lalu dilekap pada kain sutera.
• Lukisan Gula
Seni lukisan gula, iaitu lukisan yang menggunakan gula yang dimasak ini, berasal dari Provinsi Sichuan. Alat-alat yang digunakan oleh tukang lukisan gula ialah satu senduk, sebatang penyodok, sekeping papan batu dan bilah buluh.
• Patung Gula
Patung gula mula muncul pada zaman Dinasti Song (960-1279 M). Tukang patung gula biasanya menjual patung gula dengan mengandar peralatannya yang tergantung dapur kecil, gula dan alat-alat yang lain.
• Ukiran Gading Beijing
Ukiran gading dari Beijing mempunyai sejarah lebih daripada 3000 tahun. Menurut catatan sejarah, sejak tahun 938 Masehi, beberapa Maharaja di China memilih Beijing sebagai ibu negara mereka. Ketika itu, gading merupakan barang persembahan istimewa yang dipersembahkan kepada keluarga diraja.
• Sulaman Beijing
Sulaman Beijing juga dikenali sebagai sulaman istana. Ia menjadi sangat terkenal pada zaman Dinasti Ming dan Qing (1368-1912), dan terutamanya digunakan sebagai hiasan pada pakaian diraja. Oleh itu, sulaman Beijing biasanya menggunakan bahan yang paling baik dan tekniknya pun agak tinggi.
• Seni Ukiran Cat
Kraf tangan ukiran cat biasanya berwarna merah. Ukiran cat ini berasal daripada pinggan berlapisan cat yang digunakan dalam istana pada zaman Dinasti Tang (618-976M). Biasanya tembaga digunakan sebagai asasnya dan diberi ratusan lapisan cat, dan kemudian, gambar dilukis dan diukir di lapisan cat tersebut.
• "Monyet Berbulu"
"Monyet berbulu" bukanlah sejenis monyet, tetapi hanyalah sejenis hasil kraf tangan tradisi Beijing. Ia dibuat dengan bahan ubat tradisi China.
• Botol Rokok Hidu
Rokok hidu merupakan sejenis rokok yang dibuat daripada tembakau, tetapi dihidu melalui hidung. Rokok ini sangat popular di negara-negara Barat pada suatu masa dahulu. Botol rokok hidu telah dibawa ke China oleh orang asing pada abad ke-17.
• Juan Ren
Juan Ren ialah sejenis arca yang dibuat dengan sutera. Pada tahun 1973, ahli arkeologi telah menemui patung yang memakai pakaian yang dibuat pada zaman Dinasti Tang, iaitu tahun 633 di Xinjiang. Ini diiktiraf sebagai asal kraf tangan Juan Ren yang ada sekarang ini.
• Arca Tepung Gandum
Membuat arca dengan tepung gandum merupakan seni tradisional di China. Tepung gandum yang berwarna, seolah-olah mendapat sentuhan ajaib menjadi arca yang tampak hidup.
• Dompet
Dompet atau dipanggil "hebao" dalam bahasa Mandarin, merupakan sejenis hiasan untuk mengisi barang-barang kecil. Ia berbentuk bulat, elips, buah pic, lelabu, vas dan lain-lain.
• Acuan Kuih
Sejak zaman Dinasti Ming dan Qing, iaitu pada abad ke-14 hingga abad ke-19, semakin banyak acuan kuih digunakan di kalang rakyat China. Antaranya yang paling popular ialah acuan kuih bulan yang mengeluarkan kuih bulan pada Pesta Kuih Bulan.
• Katil Luohan 
Katil yang bersejarah paling lama yang ditemui di China ialah katil kayu dicat yang dibuat pada zaman Negeri-negeri Berperang, iaitu pada abad ke-5 hingga abad ke-3 sebelum Masihi.
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China