Walaupun kerajaan Vietnam sebelum ini pernah menyatakan akan menghentikan sebahagian usaha mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370, tetapi tentera laut dan udara Vietnam masih meneruskan operasi itu, dan akan sedaya upaya menjalankan SAR.
Demikian dinyatakan oleh Timbalan Panglima Tentera Laut Vietnam, Le Minh Thanh dalam sidang media di pejabat arahan misi SAR Vietnam di Pulau Phu Quoc malam tadi.
Menurutnya, Vietnam sudah menghantar sembilan buah pesawat dan lapan buah kapal untuk mencari pesawat MH370 di perairan barat pulau berkenaan dan tenggara Vietnam.