Dialog Kerjasama Pendidikan Jiangsu, China-ASEAN telah dirasmikan di Wuxi semalam.
Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Jiangsu, Shen Jian berkata, pihaknya turut menawarkan Biasiswa ASEAN yang berjumlah RMB3 juta (RM1.86 juta) pada tahun ini.
Setakat ini, 60 orang pelajar dari ASEAN telah memperoleh biasiswa berkenaan dan memasuki sekolah di provinsi tersebut.
Menurut beliau, langkah itu bertujuan untuk menggalakkan lebih banyak pelajar cemerlang dari ASEAN melanjutkan pelajaran mereka di Jiangsu.
Jiangsu mengadakan kerjasama dan pertukaran yang rapat dengan 10 negara anggota ASEAN dalam bidang pendidikan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Menurut statistik, pelajar dari Indonesia, Singapura, Malaysia, Laos dan Thailand menduduki lima tempat teratas dalam senarai pelajar ASEAN di Jiangsu.