Rombongan media arus perdana dari 10 negara ASEAN dan media dalam negeri termasuk Radio Antarabangsa China (CRI) tiba di Fuyang, provinsi Anhui, China semalam untuk membuat liputan tentang kejayaan pembaharuan dan pembangunan, pelaksanaan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) serta pertukaran dan kerjasama dengan ASEAN di bandar itu.
Naib Datuk Bandar Fuyang, Chen Jun mengalu-alukan kedatangan rombongan media tersebut. Menurut beliau, pembangunan di Fuyang mempunyai potensi yang tinggi. Pihaknya berharap dapat terus memperkasakan hubungan persahabatan serta pertukaran dan kerjasama dengan pelbagai negara ASEAN.