Wang Kaizhi, pegawai dari Wilayah Autonomi Guangxi yang berpenduduk Zhuang, China menyatakan bahawa pihaknya sedang memperkasakan kerjasama dengan negara-negara ASEAN dalam pemeriksaan kualiti dan halangan perdagangan bagi mendorong perkembangan perdagangan bilateral.
Menurut Wang, beberapa negara ASEAN dikehendaki menguasai piawaian produk industri ringan dan produk kegunaan harian.
Sebaliknya, syarikat-syarikat China perlu mengetahui piawaian ASEAN jika berhasrat untuk mengeksport produk-produk berkenaan ke kawasan tersebut.
Guangxi akan membina pusat tenaga profesional China-ASEAN serta platform perkhidmatan mempromosikan jenama terkemuka China-ASEAN.