Dikenakan Duti Antilambakan, Indonesia Rayu kepada WTO

2018-02-24 17:18:55  CRI
Share with:

Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan keputusan untuk mengenakan duti antilambakan antara 92.52% hingga 276.65% ke atas biodiesel yang diimport dari Indonesia, 21 Februari lalu.

Susulan itu, kerajaan Indonesia akan mengemukakan rayuan kepada Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) agar mekanisme penyelesaian sengketa dagang digerakkan.

Menurut Kementerian Perdagangan Indonesia, AS merupakan pasaran eksport biodiesel terbesar bagi Indonesia, namun produk berkenaan akan tidak dapat dijual dalam pasaran negara itu ekoran kutipan duti antilambakan tersebut.

系统管理员