Duterte: Filipina Tidak Akan Sertai Perang Diketuai AS

2018-02-24 15:47:15  CRI
Share with:

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte kelmarin menyatakan bahawa dalam penggal perkhidmatannya, tentera Filipina tidak diizinkan menyertai perang di seberang laut yang diketuai Amerika Syarika (AS).

Keputusan tersebut akan dimaklumkan kepada pihak AS.

Lapor rangkaian televisyen GMA memetik kenyataan Duterte bahawa Filipina pernah menyertai Perang Iraq yang dilancarkan kerajaan George W. Bush. Pencerobohan di negara itu berakhir tanpa sebarang senjata pemusnah besar-besaran ditemui.

Kata beliau, Filipina juga perah terlibat dalam Perang Korea dan Perang Vietnam yang dipimpin AS. Dua perang itu sebenarnya tidak ada kena-mengena dengan Filipina.

Sebelum ini, AS dalam satu laporan risikan melabelkan Duterte sebagai ancaman terhadap demokrasi dan hak asasi manusia. Hal itu mencetuskan kemarahan pihak Filipina.

系统管理员