Hulusheng dan Mabu

2018-03-04 10:22:03  CRI
Share with:

 

图片默认标题_fororder_u=3513721020,2375145258&fm=27&gp=0

(Hulusheng)

Hulusheng dan Mabu ialah alat muzik tradisional etnik Yi China.

 

Struktur Hulusheng hampir sama dengan Sheng, sejenis alat muzik tradisional bangsa Han. Sheng diperbuat daripada kayu manakala Hulusheng diperbuat daripada labu air.

图片默认标题_fororder_u=2961832984,4255805980&fm=27&gp=0

 

Hulusheng telah bersejarah lama. Pada tahun 1950an, para arkeologi telah menemui Hulusheng yang diperbuat daripada gnagsa dan patung tembaga orang yang sedang meniup Hulusheng dalam sebuah kubur kuno. Berdasarkan penemuan tersebut, Hulusheng dianggarkan telah bersejarah kira-kira 2500 tahun.

图片默认标题_fororder_yizumabu

(Mabu)

 

Mabu juga merupakan sejenis alat muzik yang sangat popular di Kawasan Autonomi Etnik Yi Liangshan Provinsi Sichuan. Penduduk tempatan kebanyakannya boleh membuat sendiri alat muzik tersebut dan setiap kampung juga tedapat tukang yang sangat pandai membuat Mabu. 

 

Berbanding dengan alat muzik tradisional China yang lain, Mabu agak sukar untuk dimainkan. Mabu sering dimainkan dalam upacara perkahwinan atau pengebumian penduduk etnik Yi.

 

Hampir kesemua penduduk etnik Yi pandai meniup Mabu dan hampir setiap orang mempunyai beberapa lagu yang digubah sendiri berdasarkan lagu rakyat tempatan untuk menyatakan perasaan sendiri terhadap kehidupan. 

 

王瑾