Layang-layang

2018-03-20 13:18:42  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_fengzheng5

 

Layang-layang, mainan kalangan rakyat China, bukan sahaja merupakan sejenis kraf tangan yang mempunyai nilai estetika yang tinggi, malah merupakan sejenis alat olahraga.

 

Tempat-tempat yang terkenal dengan pembuatan layang-layang, antaranya termasuklah Beijing, Tianjin di utara, serta Weifang, Shandong di timur. Layang-layang yang dihasilkan oleh ketiga-tiga tempat tersebut mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. 

 

图片默认标题_fororder_fengzheng1

 

Layang-layang Weifang Shandong mempunyai sejarah yang seumur dengan seni lukisan Tahun Baharu China.  Ia terkenal dengan reka bentuk yang cantik, teknik pembuatan yang halus dan warna yang cerah. 

 

Layang-layang Beijing dikatakan sudah bersejarah lebih 300 tahun. Layang-layang Shayan merupakan sejenis layang-layang yang paling tipikal daripada layang-layang Beijing. 

 

图片默认标题_fororder_fengzheng9

 

Layang-layang ini berbentuk burung layang-layang yang pada sayapnya dilukis gambar kelawar, kerana sebutan kelawar dalam bahasa Mandarin ialah "bianfu", dan "fu" itu bermakna bertuah dan bahagia.

王瑾