Ujian dan dugaan adalah sebahagian kehidupan yang perlu kita lalui. Namun setiap orang mempunyai persepsi yang berlainan terhadap kesukaran hidup ini.
Ada yang melihat cabaran hidup yang didepani sebagai “nasib” atau “takdir”. Mereka berputus asa, menerima saja realiti dan menunggu dengan penuh kesabaran tanpa sebarang langkah, dengan harapan nasib akan berubah sendiri suatu hari nanti.
Ada juga yang memandang segala rintangan dan permasalahan sebagai “ujian” yang menjadikan seseorang makin matang dan kuat. Mereka menyemai tekad, dipadukan dengan keberanian dan kegigihan, akhirnya berjaya merungkai segala rintangan.
Dua sikap berbeza ini jelas membuktikan tiada jalan mudah dan hanya usaha gigih dan keinginan tinggi menjadi penentu kejayaan.
Prinsip tersebut juga tersirat dalam peribahasa China, "Po Fu Chen Zhou" yang asalnya bermakna sanggup berjuang hingga ke titisan darah terakhir kerana tiada jalan untuk berundur lagi. Ia juga membawa erti, membinaazam yang kuat untuk mencapai sesuatu tujuan walau dengan apa jua cara sekalipun.