China Berperanan Lebih Besar untuk Kedamaian di Asia Barat
Kedutaan Besar Iran di Arab Saudi dibuka semula pada awal bulan ini.
Ini bermakna strategi Amerika Syarikat yang menghasut kebencian dengan mencurah minyak ke dalam api di Asia Barat sejak sekian lama menemui kegagalan.
Seterusnya, isu Israel-Palestin yang telah berlarutan lebih separuh abad sepatutnya diselesaikan.
Dalam rangka lawatan ke China, Presiden Palestin Mahmoud Abbas menzahirkan pujian kepada China atas usaha menjayakan rundingan antara Arab Saudi dengan Iran, serta menghargai pelbagai cadangan China untuk menyelesaikan isu Palestin secara adil dengan secepat mungkin.
"Palestin yakin terhadap pendirian China yang bijak serta adil, dan (kami) menanti-nantikan China untuk berperanan lebih besar bagi mewujudkan persefahaman dalaman Palestin dan kedamaian di Asia Barat," tambah Abbas.
Beliau turut menyatakan bahawa Palestin menyokong Inisiatif Pembangunan Global (GDI), Inisiatif Keselamatan Global (GSI) dan Inisiatif Peradaban Global (GCI) yang dikemuakan oleh Presiden Xi.
China sebagai salah satu negara yang paling awal mengiktiraf Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan negara Palestin, sentiasa menyokong rakyat negara itu mempertahankan usaha memulihkan hak dan kepentingan kebangsaan yang sah. Pemimpin kedua-dua negara mengumumkan terjalinnya perkongsian strategik yang dilihat ibarat batu tanda sejarah yang signifikan dalam hubungan bilateral di Beijing kali ini.
Presiden Xi mengemukakan tiga cadangan bagi menangani isu itu, antaranya pembinaan negara Palestin merdeka yang mempunyai kedaulatan penuh dengan berasaskan garis sempadan yang ditetapkan pada 1967 serta menjadikan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negaranya.
Di samping itu, Xi mencadangkan agar keperluan kehidupan rakyat dan ekonomi Palestin perlu diberi jaminan. Oleh itu, masyarakat antarabangsa seharusnya menggandakan sokongan pembangunan dan bantuan kemanusiaan kepada Palestin.
Dalam cadangan terakhirnya, beliau meminta supaya rundingan damai terus dipertahankan.
"Masyarakat antarabangsa perlu menghormati status Baitulmuqaddis sebagai tempat suci agama dalam sejarah, mengelakkan kenyataan dan tindakan melampau dan bersifat provokasi, mengadakan persidangan kedamaian antarabangsa yang berskala lebih besar, berwibawa dan berpengaruh supaya dapat membina suasana kondusif bagi pemulihan rundingan damai serta membantu Palestin dan Israel hidup bersama secara damai," jelas Xi.
Sudah tentu usaha melaksanakan resolusi PBB pada 1967 lebih susah berbanding pengantaraan hubungan Iran-Arab Saudi. Dan, gangguan terbesar kita semuanya tahu dengan jelas, iaitu Amerika Syarikat.
“China berperanan lebih besar bagi mewujudkan persefahaman dalaman Palestin dan kedamaian di Asia Barat" yang dinantikan oleh Abbas mudah diputarbelitkan sebagai cabaran terhadap “tata tertib antarabangsa berasaskan peraturan”.
Sekiranya menghasut kebencian sesama saudara dan khusus meletakkan peledak di rantau tertentu untuk menjamin kepentingan kuasa besar adalah apa yang disebut“tata tertib antarabangsa berasaskan peraturan”, China berani menjadi pencabar.
Namun, berbanding mencurah minyak ke dalam api dan meletekkan peledak, kami akan menyediakan pendekatan Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan.
Pengerusi Pusat Tabung Kerjasama Amerika-China, John Milligan-Whyte pernah menyatakan, konsep yang dikemukakan oleh Presiden Xi ini mengejutkan Barat. Katanya, ini kerana apa yang tersemat dalam fikiran orang Amerika dan Eropah adalah, “saya mahu menang dan kamu mesti kalah.”
Tapi dengan sokongan pelbagai kawan seperti Arab Saudi, Iran, Palestin, Malaysia, Indonesia dan lain-lain, China yakin hubungan antarabangsa ala baharu yang menjunjung kerjasama (menggantikan konfrantasi) dan menjunjung menang-menang (menggantikan hegemoni) pasti akan terwujud.