Pendirian China tentang Perpaduan Antarabangsa dalam Bidang Hak Asasi

2023-06-29 15:50:12  CRI
Share with:

China selama ini tidak pernah berganjak daripada usaha memelihara kerjasama dan solidariti antarabangsa, serta  mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan demi pembangunan  dunia yang semakin baik.

Demikian ujar Wakil Tetap China ke Pejabat  Geneva Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan lain-lain pertubuhan antarabangsa di Switzerland, Chen Xu pada Sidang Ke-53 Majlis Hak Asasi Manusia  Bangsa-bangsa Bersatu (UNHRC) yang diadakan  semalam.

Menurut Chen, Perisytiharan dan Garis Panduan  Vienna yang diluluskan tiga dekad lalu memperlihatkan tekad masyarakat antarabangsa untuk mengayunkan selangkah baharu demi peningkatan kerjasama dan  solidariti antarabangsa dan kemajuan substantif dalam bidang hak asasi  manusia.

"Perkembangan hak asasi manusia ke arah yang  sihat memerlukan solidariti dan kerjasama tetapi bukanlah pemecahbelahan dan  konfrontasi. Solidariti antarabangsa bukan sahaja patut dilihat sebagai sejenis  hak dan kepentingan, tetapi juga sejenis kewajipan. China menyeru pelbagai  negara menaati manifesto dan panduan yang terkandung dalam Piagam PBB,  mengadakan pertukaran dan kerjasama berdasarkan prinsip saling menghormati,  menentang modus operandi yang mempolitikkan dan memperalatkan isu hak asasi, dan  bertindak pantas menyumbang kepada pembangunan hak asasi manusia ke arah yang  sihat dalam senario global," katanya lagi.