'Kuasa Produktif Berkualiti Baharu', Perkataan Hangat dalam Forum Zhongguancun 2024
'Kuasa produktif berkualiti baharu' merupakan perkataan yang sering digunakan dalam Forum Zhongguancun 2024 yang melabuh tirainya di sini pada Isnin.
Bertemakan "Innovating for a Better World," forum yang berlangsung selama lima hari ini menyediakan platform bagi tetamu domestik dan asing bertukar-tukar pandangan dan mengadakan perbincangan tentang topik hangat dalam bidang sains dan teknologi. Pakar-pakar percaya, 'kuasa produktif kualiti baharu' pacuan inovasi teknologi akan berkembang cepat.
Presiden Persekutuan Pertubuhan-Pertubuhan Kejuruteraan Sedunia (WFEO), Mustafa Shehu berkata,
"Inovasi yang melangkaui sempadan lebih diperlukan pada masa kini berbanding masa dahulu untuk menggalakkan pembangunan mampan. Inovasi memainkan peranan utama dalam memupuk 'kuasa produktif kualiti baharu' berikutan perkembangannya bertunjangkan teknologi canggih seperti kecerdasan buatan (AI), data raya, tenaga bersih, maklumat dan komunikasi serta pengkomputeran awan. "
Sebagai komponen utama dan juga penggerak 'kuasa produktif kualiti baharu', AI buatan telah digunakan dalam semua bidang secara beransur-ansur.
Pengasas Institut Penyelidikan Kecerdasan Buatan Silicon Valley (SVAIRI) Amerika Syarikat, Piero Scaruffi menyatakan, penggunaan teknologi AI kondusif bagi menjalankan diagnosis dan membuat rancangan rawatan yang lebih tepat dan efisien dalam bidang perubatan demi kesihatan dan kesejahteraan rakyat.
Pada masa yang sama, era 6G yang akan datang dianggap pasti akan mencetuskan momentum perkembangan yang luar biasa bagi teknologi AI.
Naib pengurus besar CICT Mobile China Zhu Yuxia berkata, teknologi 6G akan digunakan dalam bidang komunikasi yang bukan sahaja melibatkan hubungan sesama manusia, tetapi juga kesalinghubungan sesama benda, bahkan hubungan angkasa-Bumi. 6G dan AI yang berperanan saling melengkapi mampu menggalakkan 'kuasa produktif kualiti baharu' berkembang dengan pesat.
Ketika menyebut tentang Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China bersama dengan 6 jabatan lain mengeluarkan "Pendapat Pelaksanaan untuk Mempromosikan Inovasi dan Pembangunan Industri Masa Depan" pada tahun ini, Naib Presiden Institut Penyelidikan Pembangunan Industri Elektronik dan Maklumat China Liu Wenqiang berkata,
“Ini merupakan kali pertama bagi kerajaan menetapkan gerak kerja secara sistematik bagi memacu pembangunan suatu industri yang berkaitan rapat dengan masa depan. Tercetusnya anjakan dalam inovasi terhadap teknologi terbabit pasti akan menggalakkan pembangunan kuasa produktif kualiti baharu.”