Suburkan Persahabatan dalam Kerjasama China-Serbia
"Ini kali kedua saya menjejak kaki ke tanah Serbia yang indah dan penuh dengan legenda ini sejak menyandang jawatan Presiden China. Pertukaran persahabatan dan kerjasama yang saling menguntungkan antara China dengan Serbia, membuktikan bahawa perkembangan hubungan kedua-dua negara selaras dengan trend sejarah, kepentingan rakyat dan kemajuan bersama. Saya bersedia terus berusaha bersama dengan Serbia bertindak pantas meningkatkan kesejahteraan rakyat, mendorong keamanan dan pembangunan dunia, malah memacu pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan."
Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping dalam satu artikelnya yang berjudul ‘May the Light of Our Ironclad Fridendship Shine on the Path of China-Serbia Cooperation’ yang diterbitkan dalam akhbar 'Politika' Serbia hari ini waktu tempatan.
"China dan Serbia perlu sentiasa menjadi sahabat sejati dan bersikap ikhlas memperhalusi perkongsian strategik komprehensif, sentiasa menjadi rakan baik dan melakukan kerjasama yang saling menguntung untuk menikmati peluang pembangunan demi masa depan yang lebih cerah, sentiasa menjadi teladan dalam menggalakkan kesamarataan dan keadilan serta meningkatkan penyelarasan dalam pertubuhan antarabangsa seperti PBB, dan sentiasa menjadi penggerak dalam peningkatan kebersamaan di kalangan rakyat untuk merancakkan landskap kerjasama dan interaksi sosiobudaya yang pelbagai dimensi.
Xi berkata, China bersedia bersama dengan Serbia untuk terus maju jaya dalam pembangunan negara, membela nasib bangsa dan membina komuniti berkongsi nasib China-Serbia.