Xi Hadiri Majlis Jamuan Alu-aluan di Paris
Presiden China, Xi Jinping dan isterinya Peng Liyuan menghadiri majlis jamuan alu-aluan yang dihoskan rakan sejawatnya dari Perancis, Emmanuel Macron dan isterinya Brigitte Macron pada Isnin waktu tempatan.
Xi dalam ucapannya menyatakan bahawa dalam tempoh 60 tahun lalu, pemimpin pelbagai generasi kedua-dua negara sentiasa berpandangan jauh menangani hubungan dua hala dari segi strategi.
Xi yakin kedua-dua negara akan mengambil kesempatan dari Tahun Kebudayaan dan Pelancongan China-Perancis 2024, menjana impak sosial dari segi kebudayaan masing-masing dan rasa ihsan.
Xi juga yakin hubungan China dan Perancis pasti akan berkembang seperti musim bunga yang rancak, makmur dan penuh dengan harapan.