Rizab Pertukaran Mata Wang Asing China Catat USD3. 2 Trilion pada April
2024-05-08 14:25:50 CRI
Statistik Jabatan Pentadbiran Pertukaran Mata Wang Asing China (SAFE) pada Selasa menunjukkan, setakat penghujung bulan April tahun 2024, rizab pertukaran mata wang asing China menurun 1.38% berbanding penghujung bulan Mac, dengan mencatat USD3.2 trilion (RM15.18 trilion), iaitu susut USD44.8 bilion (RM212.6 bilion).
Menurut seorang pegawai dari SAFE, indeks dolar Amerika meningkat, namun harga aset kewangan global mengalami kejatuhan pada bulan April lalu. Rizab pertukaran mata wang asing negara ini menurun berikutan faktor-faktor termasuk perubahan kadar pertukaran wang asing dan harga aset.