Perdagangan China-Perancis 2023, USD78.9 Bilion
Sejak menjalin hubungan diplomatik pada 60 tahun yang lalu, China dan Perancis telah meningkatkan perdagangan dua hala hampir 800 kali ganda, yang mencatat USD78.9 bilion (RM374 bilion) pada tahun 2023. Sebagai rakan dagang terbesar bagi Perancis di luar Kesatuan Eropah (EU), China juga menjadikan Perancis sebagai rakan dagang utamanya dalam EU.
Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Perdagangan China dalam sidang media pada Khamis.
Kementerian Perdagangan China dan Kementerian Luar Perancis telah menandatangani 'memorandum persefahaman untuk meningkatkan kerjasama syarikat kecil dan sederhana' baru-baru ini, yang bertujuan menyediakan suasana perniagaan yang lebih baik kepada kerjasama antara syarikat kecil dan sederhana kedua-dua negara.
Selain itu, mesyuarat keenam Majlis Perniagaan China-Perancis yang diadakan dengan jayanya telah menyaksikan termeterainya 15 buah perjanjian kerjasama yang melibatkan bidang kewangan, tenaga nuklear, penerbangan, industri pembuatan dan sumber tenaga alternatif. Seterusnya, Kementerian Perdagangan China akan bersama dengan jabatan berkenaan dari Perancis melaksanakan konsensus yang dicapai ketua negara kedua-dua pihak dengan bersungguh-sungguh dan mendorong kerjasama ekonomi dan perdagangan melonjak ke satu tahap yang baharu.