Buah Segar Xinjiang Dihantar ke Asia Tengah Guna Trak Rantaian Sejuk

2024-05-13 14:45:47  CRI
Share with:

Beberapa trak rantaian sejuk yang sarat dengan muatan buah-buahan segar berlepas dari pasar borong terbesar di Xinjiang menuju ke Almaty, Kazakhstan pada Sabtu.


Ini merupakan kali pertama buah segar keluaran wilayah itu diangkut terus ke pasaran Asia Tengah menerusi perkhidmatan trak rantaian sejuk.

Ia sekali gus menandakan pelancaran satu lagi model logistik baharu untuk pengeksportan buah dan sayur dari zon perdagangan bebas Xinjiang.


Menurut Konvensyen Pengangkutan Jalan Raya Antarabangsa, hantaran kargo menerusi perkhidmatan trak rantaian sejuk pada prinsipnya tidak perlu menjalani pemeriksaan kastam sepanjang proses pengangkutan, dan ia lebih menjimatkan masa serta kos logistik.