Lebih 900 Bintang Pulsar Dikesan FAST

2024-05-14 15:56:46  CRI
Share with:


FAST, iaitu teleskop radio sfera apertur yang dikenali sebagai 'mata langit' China telah mengesan lebih 900 bintang pulsar baharu setakat ini. Ia sekali gus memperluas batas pencerapan manusia terhadap alam semesta.


FAST yang berdiameter 500 meter itu berada di kaunti Pingtang, provinsi Guizhou, bahagian barat daya China.

Jumlah pulsar dikesan FAST adalah lebih tiga kali ganda daripada yang ditemui teleskop lain di dunia dalam tempoh sama.


Dalam pada itu, kebanyakan pulsar dikesan FAST merupakan pulsar malap yang sukar ditangkap teleskop lain.