CMG Lancarkan Laporan Tindakan ESG Perusahaan Asing di China

2024-05-14 14:30:54  CRI
Share with:

China Media Group (CMG) melancarkan Laporan Tindakan ESG Perusahaan Asing di China pada Isnin.


ESG merujuk kepada persekitaran, sosial, dan tadbir urus, yang merupakan unsur-unsur penting bagi pembangunan mampan perusahaan dan juga tanggungjawab sosial perusahaan.

Berikutan China mempromosikan pembangunan rendah karbon dan transformasi hijau dalam tahun-tahun kebelakangan ini, banyak perusahaan asing di China mengintegrasikan nilai perniagaan dengan nilai sosial, menggabungkan nilai ESG dengan konsep pembangunan baharu China, dan menyumbang kepada pembangunan mampan di negara ini.


Laporan tersebut memberi tumpuan kepada kaedah perusahaan asing di China yang memegang peluang baharu daripada pembangunan modenisasi ala China, mempraktikkan konsep tanggungjawab sosial perusahaan, dan menyuntik momentum baharu ke dalam pembangunan mampan di China.