Pulih Tanah Beralkali Jadi Ladang Subur

2024-05-16 18:05:35  CRI
Share with:

Hu Shuwen, 55, seorang profesor dari Kolej Sumber dan Sains Alam Sekitar di Universiti Pertanian China (CAU).

Hu yang pada mulanya menumpukan pengajian bahan polimer, beralih kepada penyelidikan mengenai tanah masin-alkali susulan satu penemuan di luar jangkaan. 

Setakat hujung 2023, pasukan diketuai Hu berjaya merawat tanah tandus beralkali yang mempunyai kandungan garam tinggi seluas hampir 6,700 hektar.


Mereka juga berjaya memulihkan hampir 127,000 hektar ladang yang sama komposisi tanah dengan hasil tanaman sederhana dan rendah.


Pada Mei 2006, Hu dijemput untuk menyertai kerja mengkaji baja pelepasan terkawal yang mesra alam dan efisien.


Ketika menjalankan eksperimen, beliau mendapati kunci meningkatkan hasil tanaman di tanah masin-alkali adalah menambah baik kebolehtelapan tanah.


"Betapa besar nilainya jika tanah masin-alkali dapat dipulihkan menjadi tanah subur yang mampu menghasilkan lebih banyak bijirin," kata Hu dengan nada riang.

China memiliki tanah masin-alkali berkeluasan besar dengan jenis yang pelbagai dan taburan yang luas, dan amat berpotensi dari segi penerokaan dan penggunaan.


Selepas percubaan dan ujian berkali-kali, pasukan Hu berjaya menghasilkan bahan pembaik khusus untuk pelbagai jenis tanah masin-alkali.


Dengan ramuan baharu itu, kecekapan penyahgaraman tanah meningkat lebih 10 kali ganda berbanding kaedah tradisional, dan penggunaan air berkurang lebih 90 peratus.