Tambah Baik Sistem Pelancongan Moden, Bina Sektor Pelancongan Kuat, Kata Xi

2024-05-18 15:19:26  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mahu usaha diperkasakan untuk menyempurnakan sistem pelancongan moden dan mempercepat langkah membina negara ini kuat dalam sektor pelancongan.


Beliau membuat penekanan tersebut dalam arahan penting terhadap kerja berkaitan sektor pelancongan baru-baru ini.


Xi mengatakan, sektor pelancongan negara ini berkembang pesat sejak pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka khususnya Kongres kebangsaan ke-18 Parti Komunis China (PKC).


China merupakan pasaran pelancongan dalam negeri yang paling besar, negara sumber pelancong paling besar dan destinasi pelancongan utama di peringkat global. 

Beliau berkata, sektor pelancongan kian menjadi industri tonggak strategik baharu, dan negara ini telah berjaya meneroka jalan pembangunan sendiri.


Xi menegaskan bahawa pembangunan sektor pelancongan mempunyai peluang baharu di samping menghadapi cabaran baharu. 


Beliau berkata bahawa pihak-pihak berkaitan seharusnya berpandukan fikiran sosialisme bercirikan China pada era baharu, menambah baik sistem pelancongan moden, mempercepat langkah pembinaan negara yang kuat dalam pelancongan, agar membolehkan industri pelancongan berkhidmat dengan lebih baik kepada kesejahteraan hidup rakyat, memacu pembangunan ekonomi, memaparkan imej China dan meningkatkan pertukaran antara tamadun.


Untuk rekod, Persidangan Pembangunan Pelancongan Kebangsaan dirasmikan di Beijing pada Jumaat.