China Tekad Pertahan Kedaulatan Negara, Integriti Wilayah

2024-05-21 14:35:47  CRI
Share with:

China mengutuk sekeras-kerasnya manipulasi politik dimainkan segelintir politikus dari sesetengah negara dalam isu berkaitan Taiwan.


Jurucakap Kementerian Luar Wang Wenbin berkata perbuatan seumpama mencampuri urusan dalaman China dan melanggar prinsip satu China.


China akan mengambil segala tindakan yang diperlukan untuk mempertahankan kedaulatan negara dan integriti wilayah.


Wang mengulangi bahawa prinsip satu China merupakan konsensus umum masyarakat antarabangsa dan norma asas hubungan antarabangsa, serta asas politik dan premis bagi China untuk membangunkan hubungan dengan negara lain di dunia.


Kata beliau, majoriti negara serta pertubuhan antarabangsa dan serantau di dunia berdiri teguh bersama kerajaan dan rakyat China, mendukung perjuangan adil China dalam menentang 'kemerdekaan Taiwan' dan menggalakkan penyatuan semula tanah air.