China Sokong Negara Arab Berintegriti Mainkan Peranan Lebih Besar dalam Isu Palestin

2024-05-22 12:19:47  CRI
Share with:

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin semalam menyatakan bahawa China telah meneliti perisytiharan dan kenyataan berkenaan yang diumumkan dalam Sidang Kemuncak Majlis Pemimpin Liga Arab ke-33 di Bahrain yang memfokuskan isu Palestin-Israel, dan menghargai pelbagai keputusan yang dicapai dalam sidang itu seperti menuntut "penyelesaian dua negara" dilaksanakan, menyeru untuk mengadakan persidangan damai antarabangsa, menyokong pelbagai puak dalam Palestin berdamai, menyeru masyarakat antarabangsa dan negara kuasa besar yang berpengaruh menjauhkan diri dari amalan yang bermotifkan politik dan dwistandard apabila menangani krisis antarabangsa.


China menyokong negara-negara Arab berintegriti memainkan peranan yang lebih besar dalam menangani isu Palestin, dan bersedia terus bersama-sama dengan negara Arab meningkatkan koordinasi dan kerjasama, memberi sumbangan kepada usaha meredakan ketegangan dalam situasi Palestin-Israel dan menggerakkan isu Palestin kembali ke landasan yang tepat yang berteraskan "penyelesaian dua negara".


Sidang Kemuncak Majlis Pemimpin Liga Arab ke-33 yang diadakan di Bahrain itu juga menekankan pendirian bersatu negara-negara Arab serta memuji pendirian China yang menyokong negara-negara Arab khususnya dalam isu Palestin.