Xi Utus Tahniah kepada Presiden Baharu Chad

2024-05-22 12:05:49  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping pada Isnin menyampaikan perutusan tahniah kepada Mahamat Idriss Deby Itno yang dipilih sebagai Presiden baharu Republik Chad.


Xi berkata hubungan China-Chad mengekalkan momentum perkembangan yang baik pada beberapa tahun kebelakangan ini.


Kesalingpercayaan politik antara kedua-dua negara terus diperdalam, kerjasama dalam pelbagai bidang dipergiat dan kolaborasi di peringkat antarabangsa semakin erat.


Xi menyatakan beliau amat mementingkan pembangunan hubungan China-Chad dan sedia bersinergi dengan Presiden Mahamat untuk mengukuhkan sokongan antara satu sama lain dan menggalakkan kerjasama muhibah hingga membawa limpahan manfaat kepada rakyat dua negara.