CMG Lancar Program Berkisar AI di Shenzhen

2024-05-23 15:40:32  CRI
Share with:

Satu program mengenai kecerdasan buatan (AI) dilancar di Shenzhen, provinsi Guangdong pada Rabu.


Program itu ditaja bersama oleh Kumpulan Media China (CMG), Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Ruang Siber Pusat dan kerajaan tempatan Guangdong.

Kertas putih mengenai pembangunan AI, yang menggariskan prinsip CMG dalam menggunakan teknologi AI, turut dikeluarkan sempena pelancaran program berkenaan.


Program itu dijadual bersiaran pada Jun menerusi pelbagai platform CMG.