DCS ke-7 Buka Tirai di Fuzhou

2024-05-24 11:34:59  CRI
Share with:

Sidang Kemuncak China Digital (DCS) ke-7 membuka tirainya di bandar Fuzhou, provinsi Fujian pada pagi Jumaat.

 

Pelbagai atur cara disusun sepanjang persidangan berkenaan antaranya termasuk forum utama dan lebih daripada sepuluh subforum.

 

Difahamkan, ruang pameran seluas 56,000 meter persegi dibuka untuk mempamerkan pencapaian terkini yang diraih China dalam bidang digital menerusi pameran berbentuk interaktif.