Prinsip Satu China Selaras dengan Aspirasi Khalayak Ramai

2024-05-28 15:53:28  CRI
Share with:

Pagi tadi, Jurucakap Kementerian Luar China telah memberi ucapan tentang persidangan Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO) ke-77 menolak satu cadangan melibatkan Taiwan.

Cadangan yang melibatkan "mengundang Taiwan menyertai persidangan WHO sebagai pemerhati" yang dikemukakan sesetengah negara itu, telah ditolak oleh Persidangan WHO ke-77 yang membuka tirai di Geneva semalam.


Ini kali ke-8 cadangan melibatan Taiwan ditolak secara berturut-turut dalam persidangan tahunan WHO. Masyarakat antarabangsa memberi keinsafan dan sokongan yang menyeluruh kepada pendirian China dalam isu Taiwan, misalnya terdapat lebih seratus negara yang menunjukkan sokongan mereka terhadap pendirian China melalui hantaran surat kepada Ketua Pengarah WHO.


Pada hakikatnya, pakar kesihatan dan perubatan dari kawasan Taiwan boleh menyertai persidangan akademik anjuran WHO berdasarkan prinsip Satu China, berkat usaha kerajaan pusat China yang peka akan kesihatan penduduk Taiwan. 


Pada tempoh setahun tahun yang lalu, seramai 24 orang pakar kesihatan dalam 21 kumpulan dari Taiwan China pernah mengemukakan permohonan untuk menyertai aktiviti anjuran WHO dan semua permohonan terbabit telah diluluskan oleh kerajaan pusat China.


Pada masa yang sama, pejabat "peraturan kesihatan antarabangsa" di kawasan Taiwan berperanan untuk menerima maklumat terkini dan memaklumkan perincian tentang kes kesihatan kecemasan.


Pihak berkuasa Parti Kemajuan Demokratik (DPP) diingati bahawa landskap masyarakat antarabangsa yang mengamalkan prinsip Satu China kekal kukuh, manakala trend penyatuan semula tanah air tidak dapat dibalikkan.