Tanah Runtuh di Papua New Guinea, Xi Sampaikan Rasa Simpati

2024-05-28 15:51:46  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping menyampaikan rasa simpati kepada Gabenor General Papua New Guinea, Bob Dadae, setelah tanah runtuh yang serius berlaku di negara itu pada 26 Mei.


Xi berkata beliau terkejut apabila diberi tahu mengenai kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda akibat bencana itu.


Beliau mewakili kerajaan dan rakyat China menyatakan rasa dukacita dan simpati kepada keluarga mangsa yang terkesan dalam bencana berkenaan.


Xi turut menyatakan kesedian China untuk memberikan bantuan kepada Papua New Guinea.