Artikel Xi Mengenai Kuasa Produktif Kualiti Baharu di Jurnal Qiushi

2024-06-01 14:53:25  CRI
Share with:

Artikel yang bertajuk “Mengembangkan Kuasa Produktif Kualiti Baharu adalah Keperluan Intrinsik dan Titik Fokus Penting dalam Mendorong Pembangunan yang Berkualiti Tinggi" yang ditulis Presiden China, Xi Jinping, telah diterbitkan dalam Jurnal "Qiushi" hari ini yang merupakan edisi ke-11 bagi tahun 2024.


Xi dalam artikel itu menunjukkan bahawa pembangunan berkualiti tinggi memerlukan bimbingan dari segi teori membabitkan produktiviti baharu, manakala kuasa produktif kualiti baharu yang terbentuk dalam praktik sudah menjadi penggerak kuat terhadap pembangunan berkualiti tinggi, yang turut perlu dibuat kesimpulan dari segi teori untuk kegunaan pada fasa selanjutnya. 


Menurut artikel tersebut, inovasi yang merangkumi teknologi dan model industri, serta bidang pengurusan dan sistem, merupakan keistimewaan yang menonjol bagi kuasa produktif kualiti baharu. Pengembangan kuasa produktif kualiti baharu tidak terlepas dari inovasi sains dan teknologi yang juga berperanan sebagai pemacu bagi inovasi industri.


Selain itu, usaha perlu dilakukan untuk menggalakkan inovasi terhadap kaedah pembangunan, sistem dan mekanisme, dan ekosistem profesionalisme.