Pembinaan Jalan Mustahak bagi Pembangunan Desa

2024-06-07 08:39:08  cri
Share with:

Hasil pertanian bercirikan tempatan seperti Chinese torreya dan teh merupakan sumber pendapatan penting bagi kelompok petani di pekan Zhaojia bandar Zhuji di provinsi Zhejiang.

Pelaksanaan skim pembangunan desa yang berkonsepkan "membina jalan raya dan mewujudkan landskap indah untuk membantu penduduk setempat menjana pendapatan" dipergiatkan di kawasan pergunungan yang bentuk muka buminya curam dan sempit  itu pada tahun-tahun kebelakangan ini, dan dilaporkan bukan sahaja kondusif bagi pengangkutan dan penjualan hasil pertanian, tetapi juga bertepatan dengan matlamat perkembangan ekopelancongan setempat.