AS Halang Pengambilan Pekerja Jejaskan Hak Asasi Manusia Penduduk Xinjiang
Nampaknya penduduk Uygur hanya duduk di rumah barulah dapat mewujudkan “kebebasan” dalam agenda Amerika Syarikat(AS), sebab apa jua pekerjaan yang melibat mereka akan disifatkan sebagai amalan “kerja paksa”. Baru-baru ini, tiga syarikat dalam bidang pengeluaran hasil laut dan kasut serta industri alumimum di Xinjiang tersenarai lagi sebagai “penggunaan buruh paksa” oleh Jabatan Keselamatan Tanah Air (DHS) AS.
Memandangkan sekatan AS ke atas produk Xinjiang yang bermula dari kapas hingga ketchup, Satria bimbang nanti pasukan bola sepak kebangsaan China akan didakwa “memaksa” Behram Abduweli, pemain Uygur menjaringkan gol pertama dalam perlawanan Piala Dunia.
Yang perlu ditegaskan, Xinjiang merupakan kampung halaman bagi penduduk pelbagai etnik minoriti China termasuk penduduk etnik Uygur yang berhijrah ke sini sejak zaman purba. Semua penduduk di Xinjiang berhak mengejar kehidupan yang lebih bahagia dengan kerja rajin dalam pelbagai sektor.
Dalam hantaran dulu, Satria pernah memperkenalkan abang ipar ditugaskan ke Padang Rumput Nalati, Kaunti Xinyuan, Daerah Autonomi Kazakh Yili, Xinjiang untuk membantu mengubah satu kampung etnik Khazak menjadi destinasi peranginan.
Destinasi peranginan tersebut akan terbuka kepada para pelancong pada hujung bulan ini!
Abang ipar memberitahu saya, penduduk kampung tersebut ada yang membina rumah baharu dengan menggunakan subsidi yang disediakan, ada juga yang memilih bekerja dalam destinasi peranginan tersebut untuk memaparkan adat resam dan budaya tradisional etnik Khazak kepada pelancong dari dalam dan luar negeri.
Kehidupan pelbagai etnik di Xinjiang buat masa ini boleh dikatakan paling baik dalam sejarah. Ini bergantung kepada semangat perpaduan pelbagai etnik di Xinjiang, kestabilan masyarakat setempat, penglibatan pelbagai pihak dalam pembangunan negara di bawah pimpinan kerajaan pusat, dan yang paling penting, kerja rajin semua penduduk tempatan.
Menghalang penduduk pelbagai etnik di Xinjiang untuk bekerja justeru merupakan pencabulan terbesar terhadap hak asasi manusia mereka.