FBI Bimbang Keselamatan Rakyatnya di China?

2024-07-08 16:25:39  CRI
Share with:

Netizen Amerika Syarikat(AS) ada muat naik satu hantaran di media sosial yang menyatakan terdapat notis dalam Bahasa Inggeris dan Mandarin di lapangan terbang di New York yang menyatakan bahawa jika ada antara mereka yang ditahan ketika keluar atau masuk China, atau menyedari terdapat ancaman dari kerajaan China, boleh menghubungi FBI bagi mendapatkan bantuan.

 

Ada netizen yang meninggalkan komen pada hantaran tersebut, memaklumkan bahawa dirinya ditahan ketika memasuki AS selepas pulang dari melancong ke China, justeru dia bertanya, siapakah yang patut dia hubungi?

 

Persoalannya bukanlah siapa yang menampal notis tersebut, sebaliknya Satria sedar yang notis berkenaan bukanlah atas dasar keselamatan warga AS, sebaliknya kerisauan pihak AS apabila semakin ramai orang dari seluruh dunia melancong ke China.

 

Menurut laporan terkini, jumlah pengembara dari luar negara ke China meningkat 152.7 peratus tahun ke tahun kepada 14.63 juta orang pada separuh pertama tahun ini.

 

Penulis dari AS, Stansfield Smith telah mencatatkan kisah mengenai pengalamannya melancong ke sembilan buah bandar di China selama sebulan. Mengenai polis China yang digambarkan sebagai ancaman kepada kebebasan dan keselamatan warga AS, Stansfield Smith ada dua pengalaman menarik.

 

Katanya, pada suatu hari, jaketnya hilang di bandar Lesan iaiatu satu bandar kecil yang terletak di provinsi Sichuan. Lebih malang lagi, pasportnya ada di dalam poket jaket tersebut. Pastinya perjalanan di China akan terganggu kerana dia tidak mempunyai pasport bersamanya. Dengan segera, dia melaporkan perkara tersebut kepada polis tempatan. Polis dengan pantas, meminta gambar jaket tersebut dan cuba mencari menerusi CCTV. Tiga jam kemudian, mereka berjaya menemui jaket dan barangan lainnya dengan bantuan polis tempatan.

 

Kisah kedua, ketika dalam perjalanan ke satu lapangan terbang kecil di Jiuzhaigou, dia dan rakannya telah dihalang oleh polis dan dimaklumkan bahawa jalan tersebut ditutup selama dua jam. Dia bersama dua lagi pelancong China kemudiannya diajak ke balai polis untuk minum teh sambil berbual-bual dengan mereka.

 

Stansfield Smith berkata, situasi seperti ini nyata berbeza dengan apa yang ada di AS. Menurutnya hubungan antara polis China dengan rakyat tempatan nyata berbeza dengan polis di AS. Polis AS dilengkapi dengan senjata dan seakan bersedia untuk bertempur pada bila-bila masa, namun di China, seorang polis yang diperlihatkan membawa pistol manakala polis lain hanya memegang walkie talkie. Tugas mereka lebih kepada memberikan bantuan kepada masyarakat tempatan, termasuk menjawab soalan dari pelancong dalam dan luar negara.

 

Seiring dengan inisiatif China yang melaksanakan dasar pengecualian visa kepada pelancong dari banyak negara selain dasar transit bebas visa selama 144 jam, pelancongan pilihan ke China cuba dikaburi dengan satu notis tersebut. Sudah tentu para pelancong asing tidak perlu risau atas keselamatan di China.

 

Pagi ini, Satria ada menonton satu klip video yang dimuat naik oleh warga asing di Beijing. Katanya, dia menaiki motor eletrik ke satu tempat bagi menyelesaikan satu urusan dan meninggalkan motornya dari pukul 7 pagi sehingga 9 malam. Ketika mahu mengambil motor, dia baru menyedari yang motornya tidak berkunci malah kuncinya juga tertinggal di situ, tetapi motornya masih berada di sana. Malah ada individu yang baik hati, membantu menutup anak kuncinya dengan barangan lain.

 

Bukan itu sahaja, seorang pempengaruh dari Mexico turut bercerita mengenai bagaimana selamatnya negara China. China memang terkenal dengan jualan secara dalam talian, katanya dia terkejut kerana banyak bungkusan yang dibeli melalui platform dalam talian, hanya diletakkan di hadapan pintu rumah pembeli atau tempat letak sementara dan bungkusan-bungkusan tersebut selamat tanpa diganggu. Kawasan sekitar juga tiada kamera litar tertutup (CCTV). Ujarnya, jika keadaan itu berlaku di Mexico, bungkusan tersebut akan hilang dalam masa lima minit sahaja.