Permainan Cosplay Pun Menjadi Berita Besar?

2024-07-15 15:20:36  CRI
Share with:

Semalam Satria membawa si kecil makan di sebuah restoran sate Mongolia Dalam. Setelah makan, kami dihadiahkan aiskrim yang dibuat daripada susu lembu tempatan. Pada batang aiskrim itu tertulis “berasal dari padang rumput Hulunbeir” dengan bahasa Mandarin dan bahasa Mongolia.

 

Tahukah anda, tulisan tradisional bahasa Mongolia sudah tidak digunakan lagi di negara Mongolia, namun tetap digunakan di China pada masa ini.

 

Bagaimanapun, ada “pembela hak asasi manusia Mongolia Selatan” mendakwa China “memusnahkan budaya tradisional Mongolia” di Mahkamah Rakyat Dunia (CCW) baru-baru ini.

 

Nampaknya peristiwa ini amat serius dan pelbagai media Barat aktif melaporkan hal ini. Tapi kalau terus membaca laporan tersebut ke bahagian paling bawah, pembaca baru boleh mendapati bahawa CCW bakan sebuah mahkamah atau pertubuhan antarabangsa yang sebenar, sebaliknya sebuah NGO, sasarannya katanya “membantu rakyat untuk memahami prosedur di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)”.

 

Kononnya, macam sekumpulan kanak-kanak main cosplay di sana saja.

 

Tapi kalau hanya membaca tajuk atau bahagian hadapan dalam laporan panjang media Barat seperti VOA, pembaca mesti salah faham CCW ini sama dengan ICJ atau Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang merupakan pertubuhan antarabangsa, bahkan ibu pejabat mereka pula sama di Hague. Maka laporan tersebut mengambil banyak contoh seperti hukuman ICC terhadap Charles Taylor, bekas Presiden Liberia atas jenayah perang dan jenayah anti-manusia.

 

Ini secara tidak langsung menyebabkan pembaca mempercayai keseriusan CCW dan dakwaan terhadap China, juga sebahagian daripada sandiwara untuk menghitamkan China yang didalangi oleh sesetengah pihak.

 

Faktanya, ICJ adalah cawangan PBB, ICC adalah pertubuhan antarabangsa yang terdiri daripada lebih 100 negara pemeterai “Statut Rom” pada 2002, tapi CCW hanya satu kumpulan cosplay.

 

Satu persembahan cosplay menjadi “berita besar” bagi media Barat.