Pasaran Ekonomi Perak China Rancak

2024-10-15 12:58:45  CRI
Share with:

Di China, populasi warga tua yang berumur 60 tahun ke atas kini mencatat seramai 300 juta orang.


Kehidupan mereka sangat berwarna-warni, dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti melancong, menari, bersenam, bermain muzik dan sebagainya.


Semakin ramai warga emas mula mencuba cara perbelanjaan yang diamalkan golongan muda sehingga mencetuskan ekonomi perak atau 'silver economy'.


Skala ekonomi perak negara Tembok Besar dijangka mencecah kira-kira 30 trilion yuan (RM18.17 trilion) menjelang 2035.  


Jom, kita bersama-sama merasai kedinamikan pasaran ekonomi perak di China.