Perjalanan di Jiangxi v Sayap: Destinasi Pelancongan di Provinsi Jiangxi (Audio) Melur dan Farah sudah ikut serta Rombangan Wartawan CRI ke Jiangxi untuk membuat liputan di provinsi Jiangxi pada 20 hingga 25 April ini. Dalam ruangan Sayap minggu ini, saudara dapat mendengar laporan mereka dari Jiangxi tentang pelbagai destinasi pelancongan menarik seperti Gunung Longhu, Gunung Sanqing, kampung Wuyuan dan "Kota Tembikar" Jingdezhen di provinsi ini. | v Farah: Perjalanan di Jiangxi (25 April 2011) Wah, hari ini kami berangkat pulang ke Beijing, sedih betul rasanya nak tinggalkan provinsi Jiangxi. Sebelum ke lapangan terbang, masih ada satu lagi destinasi yang perlu kami lawat, menara Teng Wang Ge. Di bahagian selatan China ini ada 3 menara yang amat terkenal, salah satunya menara Teng Wang Ge di bandar Nanchang. | v Farah: Perjalanan di Jiangxi (24 April 2011) Tempat penginapan kami terletak di celah-celah gunung. Ada banyak pokok. Patutlah waktu malam dan paginya sejuk. Kata pemandu pelancong, di sebalik banjaran gunung di belakang tempat penginapan kami itu provinsi Anhui. Wah, dekat saja ya? Awal-awal pagi lagi kami dibawa ke Wanghu. Di situ ada kawasan hutan simpan yang ada laluan untuk pendaki. Bila diberitahu akan ada pendakian lagi, saya risau sikit. Kaki sebenarnya masih lenguh, kesan mendaki gunung Sanqing dua hari lalu. | |
|
|
Blog v Farah: Berjaya mendaki Gunung Sanqing! 2011-04-24 Gunung Sanqing memang tinggi dan curam. Bagi sesiapa yang jarang bersenam memang susahlah nak sampai ke atas. Walaupun ada bahagian laluannya landai, tapi mula-mula mendaki kebanyakkannya tangga yang tegak. Lagipun, makin tinggi kita mendaki, makin susah untuk kita bernafas sebab udaranya makin nipis. | v Melur: Oh Ya! 2011-04-23 Sebaik tiba di Gunung Sanqing, hujah dah turun. Nasib baik dah bawa payunglah, tapi lebih baik pakai baju hujan sebab lebih mudah untuk kita mendaki gunung tinggi ya. Farah diberikan baju hujan yang merah, yang saya dapat itu kuning. Daki gunung! Jom! | v Melur: Menaiki Rakit di Sungai Luxi, Gunung Longhu 2011-04-22 Kami dah menaiki rakit di Sungai Luxi, sebatang sungai utama dalam kawasan peranginan Gunung Longhu. Memang senoroklah, walaupun angin kencang hinggakan topiah Farah terbang jatuh ke air sungai, tapi nampaknya angin kencang ini pun dah memudahkan Jurumudi sebab mereka tak perlulah susah susah mengayuh rakit. | v Farah: Hari pertama di Jiangxi 2011-04-21 Kami berdua sudah selamat tiba di bandar Nanchang, ibu provinsi Jiangxi. Jarak dari Beijing ke Nanchang lebih kurang 1,400km. Penerbangannya 2 jam. Jauh juga sebenarnya kan? Keadaan cuaca di sini berlainan betul dengan di Beijing. Di sini panas dan lembap, cepat betul sudah rasa haus. | |
|