Kenali Qinghai Lawatan Jalan Sutera 2016 anjuran Radio Antarabangsa China (CRI) disertai 7 anggota media dari Malaysia, antaranya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Astro Awani, Utusan Melayu, Berita Harian (BH), TV Al-Hijrah dan MySuara. Dari 27 Julai hingga 2 Ogos ini, mereka akan mengunjungi kota Beijing dan Xi'an serta Provinsi Qinghai bersama-sama wartawan CRI. Aktiviti ini mendapat sokongan kukuh daripada Kedutaan China di Malaysia dan Jabatan Pentadbiran Pelancongan Negara China.
| |
|
|
Catatan Perjalanan Tasik Qing Hai, Saujana Mata Memandang Sekiranya tidak melihat sendiri Tasik Qing Hai tersebut, maka yang terlintas di fikiran hanyalah sebuah tasik yang besar kerana menurut fakta, Tasik Qing Hai merupakan tasik air masin yang terbesar di China. Namun, frasa "tasik air masin yang terbesar di China" boleh dikatakan frasa yang bersifat subjektif. Apabila seseorang mengatakan "terbesar", maka sejauh mana "terbesar" itu mampu dibayangkan dalam fikiran seseorang kerana darjah besar atau kecil bagi seseorang memang berbeza-beza, melainkan dapat dibandingkan dengan sesuatu yang lain, barulah benda atau perkara yang ingin dijelaskan itu dapat dihuraikan dengan tepat. | Taman Geologi Negara Guide : Kisah Alam Yang Menginspirasikan Perjalanan dari bandar Xining ke Taman Geologi Negara Guide mengambil masa lebih kurang kira-kira 3 jam, dengan jarak 120 KM. Perjalanan yang dikelilingi gunung-ganang nan menghijau pada mulanya, tiba-tiba berubah warna dan bentuk. Melihat pada perubahan itu, pasti ada sesuatu yang unik dan istimewa di taman negara tersebut. | Gurindam Kembara Laluan Sutera 2016 Setelah berkunjung ke Xi'an, Xining, Tasik Qinghai dan Xunhua pada enam hari yang lalu, anggota rombongan wartawan "Kembara Laluan Sutera 2016", Razali Bin Che Mat menghasilkan sajak yang menggambarkan destinasi pelancongan dilawatinya dan juga perasaannya sendiri. | |
Wartawan Malaysia dan CRI |