Cari:
• Tasik Qing Hai, Saujana Mata Memandang 2016-08-01
Sekiranya tidak melihat sendiri Tasik Qing Hai tersebut, maka yang terlintas di fikiran hanyalah sebuah tasik yang besar kerana menurut fakta, Tasik Qing Hai merupakan tasik air masin yang terbesar di China. Namun, frasa "tasik air masin yang terbesar di China" boleh dikatakan frasa yang bersifat subjektif. Apabila seseorang mengatakan "terbesar", maka sejauh mana "terbesar" itu mampu dibayangkan dalam fikiran seseorang kerana darjah besar atau kecil bagi seseorang memang berbeza-beza, melainkan dapat dibandingkan dengan sesuatu yang lain, barulah benda atau perkara yang ingin dijelaskan itu dapat dihuraikan dengan tepat.
• Taman Geologi Negara Guide : Kisah Alam Yang Menginspirasikan 2016-08-01
Perjalanan dari bandar Xining ke Taman Geologi Negara Guide mengambil masa lebih kurang kira-kira 3 jam, dengan jarak 120 KM. Perjalanan yang dikelilingi gunung-ganang nan menghijau pada mulanya, tiba-tiba berubah warna dan bentuk. Melihat pada perubahan itu, pasti ada sesuatu yang unik dan istimewa di taman negara tersebut.
• Gurindam Kembara Laluan Sutera 2016 2016-08-01
Setelah berkunjung ke Xi'an, Xining, Tasik Qinghai dan Xunhua pada enam hari yang lalu, anggota rombongan wartawan "Kembara Laluan Sutera 2016", Razali Bin Che Mat menghasilkan sajak yang menggambarkan destinasi pelancongan dilawatinya dan juga perasaannya sendiri.
• Etnik Salar di Xunhua Semakin Maju 2016-08-01
Laluan Sutera yang wujud ribuan tahun dahulu secara langsung telah membawa keturunan etnik Salar bertapak di Xunhua, dalam provinci Qinghai. Pada 31 Julai 2016, sebanyak 19 orang ahli rombongan wartawan dari CRI, Malaysia dan Indonesia dalam Kembara Laluan Sutera 2016 dibawa melawat ke Daerah Autonomi Etnik Salar Xunhua.
• Menikmati Keindahan Tasik Qinghai 2016-07-31
Selepas Kembara Laluan Sutera 2015 di Xian, Jiayuguan dan Dunhuang, saya bersyukur kerana diberi peluang menyambung misi pengembaraan ini ke Provinci Qinghai, barat China pula. Teruja di hati untuk melihat lagi keindahan dan keunikan negara China yang kaya dengan pusat tarikan pelancongan termasuk keindahan muka buminya, senibina kuno yang megah, haiwan dan tumbuhan aneh serta pelbagai struktur dan tapak bersejarah.
• Gunung Matahari dan Bulan 2016-07-31
Sakit badan akibat terlalu banyak berjalan pada hari sebelumnya tidak mengurangkan keterujaan saya dengan agenda lawatan ke Gunung Matahari dan Bulan yang masih berada di dalam provinsi Qinghai. Disebalik kaitan sejarahnya dengan kisah Puteri Wencheng, saya sebenarnya lebih tidak sabar menantikan landskap yang bakal kami nikmati sepanjang perjalanan ke kawasan yang terletak kira-kira 4,000 meter dari aras laut itu.
• Gunung Riyue yang Tersembunyi Sejarah Puteri Wencheng 2016-07-31
Kata Buddha tiga perkara yang tidak selamanya boleh disembunyikan ialah matahari, bulan dan kebenaran. Begitulah dengan Gunung Riyue yang telah menyembunyikan 'matahari', 'bulan' dan 'kebenaran' lagendanya sejak 1,300 tahun yang lalu. Riyue yang bermaksud matahari dan bulan dalam bahasa Mandarin juga dikenali sebagai 'nimadawa' dalam bahasa Tibet dan 'nalasala' dalam bahasa Mongolia dengan maksud yang sama.
• Warna Warni Qinghai 2016-07-31
Hamparan bunga kuning keemasan, langit biru, saudagar tempatan dengan kuda coklat, kumpulan pelancong berbasikal bergambar, bendera kuning, hijau, merah, biru, dan putih serta khemah kecil etnik Tibet. Itu peneman sepanjang perjalanan saya menuju dari Kota Xining ke Tasik Qinghai sejauh 150 kilometer.
• Dasar Satu Jalur Satu Laluan Bantu Masyarakat Islam Qinghai 2016-07-31
Selepas rombongan Lawatan Laluan Sutera 2016 selesai di kota Xian dengan melawat muzium Terra Cotta, kami terbang ke kota Xining dalam Provinci Qinghai yang turut didiami minoriti Islam. Masyarakat Islam di Xining tidak berasakan kerajaan China menganaktirikan mereka. Sebaliknya masyarakat Islam yang berpopulasi 1.2 juta daripada 6 juta penduduk di wilayah keempat terbesar di China itu bersyukur kerana dapat menikmati pembangunan sejak pelaksanaan dasar Satu Jalur Satu Laluan China.
• Masjid Dongguan 2016-07-31
Selepas beberapa hari 'hilang' tetapan hari dan tarikh dek sibuk menjelajah bumi China sebaik tiba di negara ini awal pagi Rabu lalu, akhirnya kami menikmati hari Jumaat di kota Xining ini. Jumaat di sini seperti juga di Malaysia ditandakan dengan lelaki Islam berpusu-pusu memenuhi jalan untuk menuju ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat dan kami berpeluang merasai dengan lebih dekat suasana itu kerana agenda mengunjungi Masjid Dongguan.
• Taman Geologi Negara Guide 2016-07-30
Subhanallah, Allahuakbar. Ini sahaja yang mampu terluah oleh saya tatkala melihat banjaran gunung ganang di sepanjang perjalanan menuju ke Taman Geologi Gui Di. Sungguh saya tidak ingin melepaskan peluang menatap setiap inci pemandangan hebat di sepanjang perjalanan. Paling menjadi kegemaran saya adalah melihat pokok kecil bewarna hijau tua memenuhi kaki pergunungan umpama lokasi percintaan dalam filem Hindustan Kuch Kuch Hota Hai.
• Rihlah di Masjid Dongguan 2016-07-30
Apabila berkunjungan ke luar negara, saya akan cuba meluangkan masa untuk beriktikaf di masjid termasuk pernah bersolat Jumaat di Masjid Pusat Seoul, Korea Selatan. Setelah terlepas peluang bersolat di Masjid Daxuexixiang, Xian sempena Kembara Laluan Sutera 2016 maka kesempatan mengunjungi Masjid Agung Dongguan, Xining pada waktu Solat Jumaat dimanfaatkan dengan permulaan solat sunat 'tahiyyatul masjid'.
• Mi Tarik Pengubat Rindu 2016-07-30
Baru beberapa hari berjauhan dengan Malaysia tanah tumpahnya darahku, sudah saya bayangkan imej dan haruman nasi lemak sambal sotong ditambah dengan telur mata, roti canai garing, mi goreng mamak dan nasi goreng kampung. Oh rindunya! Hari ini kumpulan kami dibawa menuju ke Restoran Halal Daximien Mi Tarik.
• Pengalaman di Terra-Cotta 2016-07-29
Merugikan jika ke Xi'an tetapi tidak mengunjungi tapak patung tanah Terra-Cotta, yang dibangunkan Maharaja Shihuang pada zaman pemerintahannya kerana percaya ia dapat menjaganya dalam dunia selepas kematian nanti. Mengenali sejarah Terra Cotta pada zaman persekolahan, menyebabkan 'pertemuan' dengan ribuan tentera tanah liat dari dinasti Qan ini sebagai satu pengalaman yang sangat dekat di hati.
• Tentera Terracotta dan Misteri Makam Maharaya Qin Shi Huang 2016-07-29
Mengunjungi persemadian tentera Terracotta yang menjadi lambang keagungan Maharaja China pertama, Qin Shi Huang amat mengagumkan dan menginsafkan. Ia menjadi prasasti bukti bahawa ketamadunan dinasti China kuno bukan sekadar hikayat mitos dan lagenda.
• Terracota Di Luar Buku Teks Sejarah 2016-07-29
Patung tanah Terracota dibina atas kepercayaan ia akan memelihara makam Maharaja Qin Shihuang, raja pertama memegang tampuk pemerintahan Dinasti Qin, iaitu era permulaan di China selepas kemangkatan baginda. Kisah purba abad ke 220 sebelum masihi ini bagi saya membawakan unsur misteri dan mendebarkan.
• Kembara ke Chang'an 2016-07-28
Bandar Xi'an memberi kesan yang mendalam kepada Encik Nazri Kahar, terutamanya setelah kunjungan ke Muzium Terracotta yang dikenali sebagai keajaiban kelapan sedunia. Dengarlah pantun orang Melaka ini.
• Keret Api Laju dan Lanskap Alam yang Menyatu 2016-07-28
Kereta api laju dari Beijing ke Xian selama 4.30 jam dengan kelajuan 306 km sejam adalah definasi sebenar bagi kemajuan dan permodenan China. Jika 'Laluan Sutera' dikatakan sebagai penghubung Timur dan Barat, Stesen Keretapi Barat Beijing ini berjaya menyatukan kemodenan seni bina konkrit batu dan tradisi alam dalam sela rona pastel hijau, kuning dan coklat.
• Pengalaman Naik Kereta Api Laju (HST) 2016-07-28
Ini pengalaman pertama kali saya menaiki HST dan ia antara pengalaman yang cukup menyeronokkan di China. Sejujurnya sebaik melihat susunan acara disediakan CRI untuk Kembara Laluan Sutera, agenda menaiki keretapi laju ini antara yang saya tunggu-tunggu. Dan disebabkan itu sebaik selesai makan tengahari di Beijing, saya tidak sabar menantikan saat menuju ke Stesen Keretapi Barat, Beijing.
• Empat Jam Mengujakan Menuju Xi'an 2016-07-28
Kali pertama menaiki kereta api dengan kelajuan lebih 300 kilometer sejam adalah pengalaman baru yang cukup mengujakan. Momen ini membuatkan saya mengimbau sejauh mana teknologi pengangkutan awam di Malaysia berpotensi untuk dinaiktaraf ke peringkat lebih baik. Selain itu, layanan yang diberikan kakitangan kereta api ini cukup ekslusif dan mempunyai kelasnya yang tersendiri.
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China