Masjid Besar Xi'an dan Makanan Halal Mencari makanan halal ketika melancong ke negara asing adalah perkara sukar bagi pelancong muslim. Namun, ianya tidak menjadi satu kebimbangan apabila anda melancong ke negara China. Saya berkesempatan melihat komuniti Islam di bandar Xi'an di mana terdapat pelbagai pilihan makanan dan barangan halal dijual terutama di kawasan yang dikenali sebagai Muslim Street. Kebanyakan peniaga di sini senang didekati dan membuatkan kami selesa untuk berkomunikasi walaupun hanya menggunakan bahasa isyarat. Mereka sangat teruja dengan kedatangan kami sebagai pelancong Malaysia. |
Makanan Menjadikan Kita Keluarga Hari ini rombongan wartawan Malaysia dan CRI menghabiskan masa hampir sehari suntuk di salah satu tempat yang paling aku suka di Xi'an, iaitu daerah Lianhu, tempat letaknya kediaman orang Islam dan juga Jalan Makanan Halal yang cukup terkenal. Kami berjumpa pegawai-pegawai kerajaan daerah Lianhu, makan tengah hari di restoran Pau Bersup Jiasun, melawat Masjid Besar Xi'an dan membeli sedikit oleh-oleh untuk dibawa pulang. Kawasan ini memang sentiasa sibuk. |
Kereta Api Laju China, Teknologi yang Boleh Diyakini Apabila diberi peluang untuk menaiki kereta api laju dari Beijing ke Xi'an, sudah tentu peluang tersebut tidak akan ditolak, sementelah inilah pengalaman pertama menaiki kereta api laju. Dari hari ke hari perasaan teruja itu seperti sudah tidak dapat dibendung lagi. Hati sering berbisik sendiri, "Bagaimanakah rasanya menaiki kereta api laju di China?" |
Hari Pertama Menjejakkan Kaki ke China Hari pertama menjejakkan kaki ke China pastinya memberikan satu impian yang sangat besar pada setiap pelancong. Banyak tempat bersejarah yang boleh dilawati bahkan mendapat pengetahuan luas mengenai budaya masyarakat di China. Atas bantuan China Radio International, kami berpeluang menjelajah negara China ini selama 10 hari. |
Sekadar Catatan Pengalaman di dalam Kereta Api Laju ke Xi'an Pada pagi ini, kami dibawa ke China Radio International (CRI). Kami diberi taklimat ringkas oleh Puan Wenwen Zhong, Kemudian, kami dibawa ke restoran halal bagi menikmati hidangan makanan halal di Beijing. Pelbagai jenis makanan dihidangkan, termasuklah masakan itik panggang. Sungguh enak dan lazat sambil berbual dengan beberapa warga kerja CRI. Seramai lima orang warga kerja CRI juga akan menyertai Kembara Laluan Sutera ke Xian. Mereka ialah, Sastria, Farah, Melor, Rahman dan Zaidah. |
Pengalaman Menarik Menaiki Kereta Api Laju Perjalanan dari Beijing ke Xian memberikan pengalaman tersendiri kepada saya apatah lagi selama ini hanya 'menikmati' pengalaman menaiki keretapi laju melalui pembacaan saja. Pengalaman yang menarik ini bermula seawal tiba di Stesen Keretapi Beijing Barat apabila kenderaan yang membawa saya dan wakil media dari Malaysia berhenti di tepi landasan keretapi secara literal. |
Membelah Bumi China dengan Kerata Api Laju Kunjungan saya yang pertama ke Beijing bersama keluarga adalah pada musim sejuk tahun 2008. Kemudian sekali lagi pada tahun 2013. Kami ke Disney Land Hong Kong dan Shenzen, China. Dalam fikiran saya itulah rasanya kunjungan terakhir di China. Namun tidak sangka, jodoh dengan China kuat. Saya menerima jemputan dari Radio Antarabangsa China (CRI) untuk mengikuti misi Kembara Laluan Sutera 2015 dari 10 hingga 21 Jun bersama rakan media dari Malaysia. |
Ke Kota Lama Dengan Cara Baharu Ini kali kelima aku ke Xi'an, kali kedua ke Xi'an menaiki kereta api, entah kali ke berapa menaiki kereta api laju di China, tetapi baru kali pertama menaiki kereta api laju ke Xi'an. Memanglah seronok dapat merasa duduk di dalam kereta api laju, meninggalkan Beijing meluncur ke kota purba yang sudah kuanggap rumah kedua di China. Mana tidaknya, kereta api moden, tempat duduk selesa, ada pula gerabak kantin menyediakan makanan ringan dan berat termasuk set makanan halal... Tapi yang benar-benar mencuri perhatianku, panorama di luar tingkap. |
Webradio | ||||
|
||||
Siaran Bahasa Melayu: | ||||
|
||||
Jadual Siaran |
Dengar Dalam Talian |
Menarik |
Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga |
Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan |
Lagi>> |