Tinggal Tamadun Lama, Kembali Peradaban Baru Pengembaraan enam wartawan Malaysia dan lima wartawan Radio Anatabangsa China (CRI) dianggap berakhir apabila kami meninggalkan Dunhuang dan pulang ke Beijing pada pagi Jumaat. Di dalam pesawat Airline China, kami dapat melihat kawasan gurun yang luas. Tiada banyak penempatan. Keadaan berbeza bila mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing. |
Dalam Kembara Sutera Sahabatku, Teruskan langkah kita, Dalam Kembara Sutera, Ke kota lama lambang kedaulatan bangsa dan nusa, Kita gali, Kita cari, Segala isi tersirat dan tersurat di dada, Biar kota tinggalan masa, Biar tanah berupa manusia, Pahlawan terracotta, Taat setia dan gagah perkasa, Untuk bangsa dan nusa, Tersemadi di dalam jiwanya. |
Pengembara Moden di Laluan Purba Ada beberapa tempat di China (dan di dunia ini) yang mesti dilawati sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Begitulah Dunhuang di mataku, lebih-lebih lagi setelah melihat Groto Mogao dan Taman Geologi Dunhuang, tempat letaknya bukit pasir Mingshashan dan kolam Yueya yang berbentuk bulan sabit. |
Khazanah Mogao Grottoes dan Keunikan Bukit Mingsha Pagi 1 Ramadan bersamaan 18 Jun, hujan turun renyai-renyai di sekitar bandar Dunhuang untuk beberapa jam. Kebetulan umat Islam berpuasa pada hari tersebut. Menurut beberapa pemandu pelancong, mereka juga terkejut setelah sekian lama Dunhuang tidak disimbah dengan air hujan, pada hari tersebut hujan turun tanpa henti. Suhu yang dicatatkan ialah 16 darjah Celcius. |
Groto Mogao, Khazanah Kebudayaan China Ada persamaan dalam pengalaman dengan orientalis yang dikongsi oleh China dan Malaysia seperti yang berlaku pada Gua 17 di Mogao Grottoes atau lebih dikenali sebagai Gua Perpustakaan. Gua Perpustakaan yang asalnya didiami oleh sami Buddha, Hong Bian, dianggarkan menyimpan kira-kira 40,000 manuskrip, skrol, buku kecil dan lukisan di atas sutera. |
Belajarlah daripada Alam Baru sebentar tadi saya melihat satu slogan di CNN yang menyatakan, alam tidak memerlukan manusia, tetapi manusia memerlukan alam. Sejak beribu-ribu tahun yang lalu, manusia telah menggunakan sumber alam untuk meneruskan kehidupan. Bermula daripada keperluan makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal sehinggalah kubu pertahanan. |
Menjejakkan kaki di Gurun Gobi Perjalanan ekspedisi Kembara Laluan Sutera 2015 diteruskan dari Jiayuguan ke Dunhuang. Kali ini kami menaiki bas. Kira-kira lima jam tempoh perjalanan sejauh 370 km yang kami jalani. Pemandangan yang ada kebanyakan ialah gurun sejauh mata memandang. |
Kembara di Dunhuang Memasuki kota pelancongan, Dunhuang ini, memberikan pengalaman budaya yang semakin meyakinkan terhadap peradaban yang berjaya dibina di negara Tembok Besar ini. Perjalanan dengan menaiki bas selama lima jam dari Jiayuguan seolah-olah tidak terasa meskipun merentasi delta dan gurun yang pandangannya sangat mirip. |
Menuju Padang Pasir di Dunhuang Hari ini kami memulakan perjalanan panjang dengan menaiki bas selama 5 jam dari jiayuguan menuju ke kota Dunhuang. Kemudian diteruskan ke arah Selatan. Di sinilah kenikmatan pemandangan yang sangat unik dengan kawasan gunung yang dikenali sebagai Gunung Mingsha. Mingsha bermaksud pasir yang bersuara. Ini menjadikannya destinasi terkenal di Dunhuang. |
Yardang: Benarkah Kota Hantu? Di dunia ini penuh dengan cerita lagenda atau misteri tentang alam atau makhluknya. Tidak dapat dipastikan kebenaran atau kesahihan cerita misteri kerana bertentangan dengan fakta saintifik. Apa pun kisah atau misteri sesuatu tempat adalah untuk menarik perasaan orang ramai untuk mengetahui cerita misteri ini. Maka, tempat tersebut akan sekelip mata akan tersohor di dunia, sekali gus menjadi tumpuan para pengunjung. |
Kesan Tapak Kaki di Pasir Tarikh hari ini akan tercatat sebagai tarikh yang penting dalam riwayat hidupku, kerana pada hari ini hajat untuk memijak pasir di Jalan Sutera seperti pedagang-pedagang pada zaman dahulu kala akhirnya terkabul. Mungkin aku terpengaruh dengan filem-filem klasik yang mengisahkan pengembaraan atau hidup manusia di padang pasir, kerana selama ini aku membayangkan padang pasir itu tandus, hanya ada pasir dan tiada tumbuh-tumbuhan langsung. |
Dari Dalam Melihat Ke Luar Seingat aku, kalau menaiki bas ekspres dari Kuala Lumpur ke arah selatan melalui Lebuh Raya Utara-Selatan, selepas perjalanan hampir 400 kilometer, barangkali sudah sampai ke Singapura. Begitulah luasnya wilayah China, hari ini kami menaiki bas sejauh itu dan masih lagi berada di provinsi yang sama. Aneh sekali perasaannya. |
Jalan Kehidupan Sukanya tercatat di bulan, bintang dan matahari. Dukanya terukir di tanah, batu dan debu. Hatinya tergantung di tirai langit. Jiwanya terpahat di celahan gunung. Senyumnya tersimpan di sudut alam. Bahunya memikul amanah. Tangannya menggengam keyakinan. Kakinya luka tersadung pengalaman. Langkahnya perlahan, diam, tidak bersuara. Namun, jejaknya lantang di seluruh dunia. Jalan itu bukan jalan yang sunyi. Jalan itu adalah sepanjang jalan kehiudpan. |
Tembok Besar Simbol Kekuatan Rakyat China Kunjungan ke negara China tidak lengkap jika tidak berkunjung ke Tembok Besar China. Di sinilah terletaknya pelbagai kesan sejarah yang tidak mungkin dilupakan. Pembinaan yang cukup gah ini berukuran panjang 6000 km dan memperlihatkan kreativiti dan kebijaksanaan rakyat China dalam menyiapkan tembok pertahanan ini. |
Taman Peacock: Merak Bercanda dengan Warna-warninya Selepas sarapan pagi di restoran makanan halal di pekan Jiayuguan, kami dibawa ke Taman Peacock untuk melihat kecantikan burung-burung Merak dan pameran serta lukisan tentang kehidupan Burung Merak. Ironinya, taman ini bukan kawasannya sahaja besar, tetapi setiba sahaja kami di pintu gerbang taman ini, kami disambut dengan suara burung Merak yang bersahut-sahutan dan bersilih ganti serta mengembangkan bulu dan kepaknya yang berwarna-warni. |
Jiayuguan, Saksi Sejarah China Jaiyuguan: Tembok Besar Jaiyuguan, China Peafowl Garden dan Fantawild Adventure menjadi pengalaman yang menggabungkan masa silam yang gemilang dan masa depan yang moden. Bagaimanapun, masa silam Jaiyuguan memainkan peranan penting dalam membentuk sejarah tamadun China, bahkan ia menjadi batu asas pertama yang menyaksikan tembok besar kekal gagah sehingga kini. |
Pesona Cahaya di Jiayuguan Ketibaan saya bersama rombongan lima lagi wartawan Malaysia dan lima petugas Radio Antarabangsa China (CRI) dalam misi Kembara Laluan Sutera 2015 tiba di Jiayuguan pada petang Ahad, 14 Jun. Walaupun tiada aktiviti lawatan, kami seronok berada di Taman Tasik Timur. Dapat menyaksikan gelagat golongan dewasa dan berusia, kebanyakannya wanita - tanpa segan silu menggoyangkan badan dan kaki mengikut irama yang rancak muzik. |
Ingin Kutelusuri Dari Hujung Ke Hujung Di Jiayuguan, bandar yang membangun pesat berikutan kejayaan industri keluli dan besinya, terdapat sebelas destinasi pelancongan terkenal, dan pada waktu siang hari ini, rombongan Kembara Laluan Sutera dibawa melawat ke beberapa buah destinasi tersebut. |
Salam Perkenalan dari Jiayuguan Hari ini saya menghabiskan masa satu hari bersiar-siar di Jiayuguan. Bermula dari pusat bandar ke beberapa destinasi pelancongan utama di daerah tersebut. Antara destinasi pelancongan tersebut termasuklah Taman Burung Merak, Estet Arak Zixuan, Tembok Besar Ming dan Taman Tema Fantawild. |
Kesederhanaan Taman Tasik Timur Jiayuguan Yang Memikat Hati Tanggal 14 Jun 2015, saya tiba di Jiayuguan. Keluar dari bandar yang sedang pesat membangun ke bandar kecil sedikit menyedihkan hati saya pada mulanya. Beberapa hari dikelilingi bangunan-bangunan tinggi di Xi'an dan pesta makanan yang meriah membuatkan saya terkenang akan Xi'an dalam diam. Suasana di Hotel Antarabangsa Jiayuguan juga begitu sunyi. Tiba-tiba, saya menjadi muram. |
Ayuh Ke Destinasi Baharu, Jiayuguan! Hari ini rombongan wartawan Kembara Laluan Sutera tiba di Jiayuguan, provinsi Gansu. Antara kami sebelas orang, belum ada seorang pun yang pernah sampai ke sini sebelum ini, jadi sudah tentulah kami semua cukup teruja dan ternanti-nanti untuk melihat apa yang ada di bandar ini sehingga dipilih menjadi destinasi kedua dalam laluan kembara kami. |
Muzium Kebanggaan Negara China 13 jun 2015, perjalanan kami diteruskan dengan melawat muzium yang meninggalkan kesan bersejarah iaitu Muzium of Qin Terracotta Warriors and Horses. Terdapat lebih daripada 7000 patung tanah liat telah di bentuk menjadi pasukan tentera dan dipercayai akan bangkit menjadi tentera Maharaja China iaitu Qin Shi Huang selepas kematiannya. Ketika melangkah masuk muzium, kami begitu teruja melihat keluasan muzium yang dipenuhi dengan tentera tanah liat ini. |
Kagum Kehalusan Seni Patung Tentera Terra Cotta Melangkah masuk ke dalam ruang dewan besar pertama Muzium Tentera Terra Cotta, saya rasa sangat bertuah. Bukan semua orang berpeluang sampai ke Muzium Patung Tanah Liat Dinasti Qin ini. Di sini saya melihat dengan mata sendiri keadaan patung-patung pelbagai peringkat jawatan tentera serta kuda. Wow! Sungguh hebat orang China dahulu membuat kerja-kerja seni yang begitu halus dan teliti. |
Pahlawan Terra-Cotta Maharaja Qin Shihuang: Pengajaran Sejarah Manusia Sejarah merupakan masa lalu manusia. Sejarah juga mencatatkan kesan kebaikan dan keburukan segala tindak tanduk manusia. Jadi, hubungan sejarah dengan manusia dan negara tidak dapat dipisahkan. Amatlah rugi seandainya sejarah sesuatu bangsa dan negara diremehkan tanpa melihat bahawa sejarah sesuatu bangsa dan negara dapat dijadikan petunjuk dalam mendepani dan mencorak masa depan peradaban manusia bernegara. |
Kalau Tanah Liat Boleh Berbicara Kalau patung tanah liat boleh berbicara, barangkali kedatanganku ke Muzium Patung Tanah Liat Perwira dan Kuda Maharaja Qinshihuang pada hari ini akan disambut dengan kata-kata seperti "Hai, datang lagi kau ini?" dan "Kali ini kau bawa kawan-kawan baharu?" Atau mungkin para perwira terracotta ini akan mengeluh keletihan setelah berdiri dalam kesiagaan selama 2,200 tahun, menyaksikan segala macam perubahan yang berlaku dalam dunia manusia? |
Terracotta, Ciptaan Yang Mengagumkan Satu lagi impian saya, akhirnya terlaksana. Sudah lama rasanya saya menyimpan hasrat untuk menziarahi pahlawan tanah liat ini. Tidak puas rasanya kalau sekadar melihat gambar dan membaca rencana mengenainya. Oleh sebab hari lawatan saya ke Muzium Terracotta tersebut adalah hari minggu, saya dapat melihat begitu ramai sekali orang yang berkunjung ke sana. Bukan setakat pelancong asing, pelancong tempatan juga turut berpusu-pusu ke muzium bersejarah tersebut. |
Tidak Bimbang tentang Makanan di Xi'an Bangun pagi sahaja, otak berfikir boleh makan apa di Hotel 1935 House. Sudah pasti air kosong, telur rebus dan susu sahaja. Makanan lain bimbang dijamah sebab takut statusnya haram. Mujur pelayan wanita di restoran itu dengan mesra cuba meyakinkan saya status restoran hotel mereka adalah halal. Siap dia menunjukkan logo halal pada sekotak susu segar. Ketika pertemuan rombongan Kembara Laluan Sutera 2015 dengan Timbalan Pengurus Besar Lemabaga Pelancongan wilayah Lianhu Xi'an, Fubao Chen, bersungguh-sungguh beliau mempromosikan destinasi makanan halal Xian untuk pelancong Malaysia. |
Melawat ke Masjid Besar Xi'an Masjid sentiasa menjadi nadi dan pusat kepada penempatan masyarakat beragama Islam seperti yang terjelma pada komuniti Muslim di kota yang pernah menjadi antara lokasi penting Laluan Sutera ini. Masjid Besar Xi'an yang dibina pada tahun 742 Masihi ketika Dinasti Tang ini boleh dianggap sebagai hati dan jiwa yang menggerakkan seluruh kegiatan di destinasi perniagaan masyarakat Islam yang mencuri perhatian pelancong. Jalan Muslim yang melingkari dan melingkungi hati serta jiwa itu juga ibarat urat darah yang menghidupkan wilayah ini; hingga antara masjid dan pasar tidak boleh dipisahkan. |
Hati Tertawan akan Masjid Besar Xi'an Sejurus tiba di gerbang pintu Masjid Besar Xi'an, perasaan dan emosi saya mula tertawan akan keindahan seni reka bentuk klasik China dan Arab. Ditambah pula keindahannya diserikan dengan hiasan taman-taman bunga menghijau malar segar. Masjid Besar Xi'an merupakan masjid yang tertua dan salah satu masjid yang paling terkenal di China. Menurut catatan sejarah, masjid ini dibina pada Zaman Dinasti Tang (742 M). Keagungan masjid ini diteruskan pada zaman Dinasti Song, Yuan, Ming dan Qing. |
Xi'an, Manisnya Pertemuan Yang Pertama "Kalau dahulu hanya mendengar nama, maka hari ini sudah bertentang mata", begitulah diibaratkan pertemuan saya dengan Xi'an. Inilah pertama kali saya menjejakkan kaki di bumi Xi'an, walaupun sudah lama mendengar nama Xi'an. Hasrat untuk melawat ke Xi'an juga sudah lama tersimpan, lebih-lebih lagi setelah mengetahui Xi'an adalah tempat bermulanya laluan darat Jalan Sutera. |
Webradio | ||||
|
||||
Siaran Bahasa Melayu: | ||||
|
||||
Jadual Siaran |
Dengar Dalam Talian |
Menarik |
Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga |
Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan |
Lagi>> |