Cari:
Laporan Kerja Kerajaan (petikan)
2017-03-05 10:52:22 CRI Cetak

Dalam masa setahun lalu, kerajaan telah membuat kerja-kerja seperti berikut:

Pertama, terus membaharui dan meningkatkan kawalan makro, pengoperasian ekonomi berada pada tahap yang munasabah.

Kedua, struktur pihak pembekalan terus dibaiki.

Ketiga, dasar pembaharuan dan pintu terbuka terus dipergiat, kedinamikan pembangunan diperkuat.

Pembinaan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) giat dilaksanakan. Penyelarasan strategi pembangunan antara China dengan negara-negara yang terlibat dilaksanakan, kerjasama pragmatik ditingkatkan. Mata wang renminbi (RMB) disenaraikan dalam hak pengeluaran khas (SDR) bakul mata wang Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Kesalinghubungan bursa saham Shenzhen dengan Hong Kong diwujudkan. Penggunaan pelaburan asing berjumlah lebih USD130 bilion dan angka ini kekal menduduki tempat teratas dalam negara-negara membangun.

Keempat, meningkatkan peranan inovasi sebagai pembimbing, daya penggerak baharu berkembang pesat.

Kelima, menggalakkan pembangunan yang seimbang antara pelbagai kawasan, dan antara bandar dengan kawasan luar Bandar. Pola dan jalur pertumbuhan yang baharu diwujudkan.

Keenam, menggalakkan pembinaan tamadun ekologi, pembangunan mesra alam mencapai kemajuan baharu.

Ketujuh, mengutamakan usaha menjamin dan membaiki kesejahteraan rakyat.

Kelapan, mendorong pembinaan kerajaan dan pembaharuan pentadbiran, keharmonian dan ketenteraman masyarakat terpelihara.

Pada tahun lalu, diplomasi yang bercirikan China telah mencapai hasil yang besar. Negara ini telah berjaya menghoskan Sidang Kemuncak Kumuplan 20 (G20) di Hangzhou, dan ini turut menggalakkan pencapaian siri hasil yang bersifat bersejarah, panduan dan mekanisme, dan meninggalkan kesan China dalam tadbir urus ekonomi global. Presiden Xi Jinping dan pemimpin-pemimpin yang lain telah mengadakan lawatan ke pelbagai Negara, menghadiri Sidang Kemuncak Tidak Rami APEC, Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), Pertemuan Kemuncak Negara-Negara BRICK, Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear, siri persidangan peringkat tinggi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Sidang Kemuncak Asia-Eropah, siri Sidang Kemuncak Kerjasama Asia Timur dan lain-lain. China berjaya mengadakan Sidang Pemimpin Pertama Kerjasama Sungai Lancang-Mekong. Giat mendorong pembaharuan dan penyempurnaan sistem tadbir urus global. Menggalakkan Perjanjian Paris dikuatkuasakan. Mempertahankan kedaulatan wilayah dan hak maritim. Sebagai sebuah Negara besar yang bertanggungjawab, China telah memainkan peranan yang konstruktif dalam urusan antarabangsan dan serantau dan memberikan sumbangan besar bagi keamanan dan pembangunan dunia.


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China