Cari:
Laporan Kerja Kerajaan (petikan)
2017-03-05 10:52:22 CRI Cetak

Persidangan Ke-5 Kongres Rakyat Kebangsaan Ke-12 (NPC) China telah dirasmikan di Beijing pada pagi 5 Mac 2017. Perdana Menteri, Li Keqiang telah membentangkan laporan kerja kerajaan pada majlis perasmian persidangan tersebut. Berikut ialah petikan laporan berkenaan. 

Laporan Kerja Kerajaan

oleh Li Keqiang
Perdana Menteri China 
5 Mac, 2017

Para wakil,

Sekarang saya mewakili Dewan Negara, membentangkan laporan kerja kerajaan kepada persidangan untuk dibahaskan. Para anggota Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) dialu-alukan mengemukakan komen dan cadangan.

BAHAGIAN I: MENGIMBAU KEMBALI KERJA PADA 2016

Pada tahun lalu, pembangunan negara kita menghadapi banyak cabaran dan risiko yang sengit. Kongres Ke-6 Jawatankuasa Pusat Ke-18 Parti Komunis China (PKC) secara rasmi menetapkan kedudukan teras Setiausaha Agung, Xi Jinping, ini mencerminkan kepentingan asas parti dan rakyat, dan amat signifikan bagi menjamin kesejahteraan dan kemakmuran parti dan negara. Sasaran pembangunan sosioekonomi pada tahun lalu telah berjaya diwujudkan, tahun permulaan Rancangan Lima Tahun Ke-13 menampakkan prestasi yang baik.

Ekonomi memasuki fasa pertumbuhan perlahan tapi semakin mapan. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berjumlah RMB74.4 trilion, meningkat 6.7% berbanding tahun 2015 dan menduduki tempat terdepan di dunia. Kadar sumbangan pertumbuhan ekonomi China terhadap pertumbuhan ekonomi dunia melebihi 30%. Inteks harga pengguna (IHP) meningkat 2%. Keuntungan p berbanding erusahaan industri mencapai peningkatan sebanyak 8.5% kemerosotan sebanyak 2.3% pada tahun sebelumnya. Kualiti dan keefisienan pembangunan ekonomi meningkat dengan ketara. 

Peningkatan pengambilan pekerjaan lebih baik daripada jangkaan. Lebih 13.14 juta orang di bandar dan pekan mendapat pekerjaan. Jumlah lulusan institusi pengajian tinggi (IPT) yang berjaya mendapat pekerjaan atau terlibat dalam keusahawanan sendiri mencipta rekod tertinggi. Kadar pengangguran di bandar dan pekan yang berdaftar pada penghujung tahun mencatat 4.02% dan inilah tahap yang paling rendah dalam beberapa tahun lalu. Sebagai sebuah negara yang mempunyai populasi sebanyak 1.3 bilion orang, prestasi pengambilan pekerjaan yang begitu baik sungguh amat menakjubkan.

Tahap pembaharuan dan pintu terbuka semakin dipergiat. Pembaharuan dalam sektor dan peringkat yang penting mencapai kemajuan yang besar. Pembaharuan struktur pihak pembekalan mula mencapai hasil dan kemajuan.

Penyusunan struktur ekonomi dipercepat. Penggunaan memainkan peranan pemacu dalam pertumbuhan ekonomi. Nisbah nilai tambah sektor perkhidmatan dalam KDNK meningkat kepada 51.6%. Perindustrian teknologi tinggi dan pembuatan alat dan kelengkapan mencapai pertumbuhan yang tinggi. Pertanian berkembang dengan stabil dan mapan, hasil tuaian bahan makanan terus meningkat.

Penjana baharu dalam pertumbuhan semakin kukuh. Pelaksanaan strategi pembangunan dengan pacuan inovasi terus dipergiat. Sejumlah besar hasil yang mendahului dunia telah dicapai dalam bidang sains dan teknologi. Semakin banyak rakyat giat terlibat dalam keusahawanan, jumlah syarikat baharu yang berdaftar meningkat 24.5% pada tahun lalu, iaitu secara purata terdapat 15 ribu syarikat baharu didirikan setiap hari.


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China