4. Membimbing transformasi dan penaiktarafan ekonomi sebenar dengan galakan inovasi.
Ekonomi sebenar merupakan asas pembangunan negara kita. Yang penting dan mendesak pada masa ini ialah mempercepat transformasi dan penaiktarafannya.
Meningkatkan daya inovasi bagi sains dan teknologi.
Mempercepat pembinaan dan pembangunan industri baharu. Melaksanakan pelan pembangunan industri baharu yang bersifat strategik secara menyeluruh, mempercepat penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pemasaran bahan baharu, kecederasan tiruan, sirkuit bersepadu, perubatan biologi dan teknologi telekomunikasi generasi lima (5G). Menyokong dan membimbing pembangunan ekonomi perkongsian, meningkatkan keefisienan penggunaan sumber masyarakat supaya memudahkan kehidupan rakyat.
Membaiki dan menaiktarafkan industri tradisional. Menjadikan pembuatan kecerdasan tiruan sebagai tumpuan. Mengembangkan industry pembuatan yang maju supaya menggalakkan buatan China berkembang ke peringkat sederhana dan tinggi.
Terus menggalakkan rakyat terlibat dalam keusahawanan.
Meningkatkan kualiti secara menyeluruh. Menggalakkan kemahiran kerja, melatih lebih banyak bakat yang mahir, mendirikan lebih banyak "jenama China" yang terkenal di dunia, menggalakkan pembangunan ekonomi China memasuki era yang mengutamakan kualiti.
5. Mendorong pembangunan pertanian yang mapan dan peningkatan pendapatan kaum tani yang berterusan.
Mendorong pengubahsuaian struktur pertanian.
Meningkatkan pembinaan pertanian moden.
Mengintensifkan pembaharuan kawasan luar bandar.
Meningkatan pembinaan infrastruktur awam di kawasan luar bandar.