Daya sokongan kemudahan infrastruktur terus meningkat. Landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) yang baharu mencatat 1900 kilometer panjangnya. Lebuh raya yang baharu atau dibaiki sepanjang lebih 6700 kilometer, jalan raya sepanjang 290 ribu kilometer dibina atau dibaiki di kawasan luar bandar. Sebanyak 21 projek tali air yang penting mula dibina. Pengguna komunikasi mudah alih 4G bertambah 340 juta orang, dan kabel 4G sepanjang 5.5 juta kilometer dibina.
Kehidupan rakyat terus dibaiki. Pendapatan boleh guna per kapita rakyat China meningkat 6.3%. sebanyak 12.4 juta orang penduduk di kawasan luar bandar terlepas daripada kemiskinan, dan 2.4 juta orang berpindah dengan projek bantuan kemiskinan. Pasaran pelancongan dalam negeri berkembang pesat, manakala pelancong ke luar negara pula berjumlah 120 juta orang. Taraf hidup rakyat terus meningkat.
Negara kita telah berjaya menghoskan Sidang Kemuncak Kumuplan 20 (G20) di Hangzhou, dan ini turut menggalakkan pencapaian siri hasil yang bersifat bersejarah, panduan dan mekanisme, dan meninggalkan kesan China dalam tadbir urus ekonomi global.
Mengimbas kembali usaha kita pada tahun lalu, memang luar biasa. Situasi luar amat sukar. Ekonomi dan perdagangan dunia merekodkan peningkatan yang paling rendah dalam tujuh tahun lalu; pergolakan pasaran kewangan dunia makin kuat; cabaran serantau dan global banyak muncul. Di samping itu, situasi dalam negeri juga rumit. Masalah struktur menonjol; potensi risiko muncul; tekanan kemerosotan ekonomi menjadi besar; pembaharuan memasuki fasa yang sengit; unsur yang mempengaruhi ketenteraman masyarakat bertambah banyak. Dalam konteks ini, ekonomi negara kita kekal mapan malah menampakkan trend yang baik. Ini sekali lagi mencerminkan bahawa rakyat China mempunyai keberanian, kebijaksanaan dan kemampuan untuk mengatasi segala kesukaran, dan ekonomi China mempunyai potensi, kebingkasan dan kelebihan. Prospek pembangunan China pasti semakin cerah.