Cari:
Laporan Kerja Kerajaan (petikan)
2017-03-05 10:52:22 CRI Cetak

BAHAGIAN II: PELAN KERJA PADA TAHUN 2017

Menganalisis situasi dalam dan luar nagara secara menyeluruh, kita perlu membuat persiapan lengkap untuk menghadapi situasi yang lebih rumit dan serius. Pertumbuhan ekonomi global masih lembap, fikiran antiglobalisasi dan fahaman perlindungan meningkat, hala tuju dasar di beberapa entiti ekonomi utama serta kesan limpahannya sukar untuk diramalkan, unsur yang tidak stabil dan menentu banyak bertambah. Pembangunan China berada pada tahap kunci, pengoperasian ekonomi masih menghadapi banyak masalah. Kesukaran tidak boleh diremehkan, bagaimanapun, keyakinan kita pula tidak boleh bergoyang.

Sasaran utama pembangunan pada tahun ini ialah: pertumbuhan KDNK dikekalkan pada kira-kira 6.5%; peningkatan IHP pada kira-kira 3%; jumlah pengambilan pekerjaan baharu di bandar dan pecan mencapai lebih 1.1 juta, kadar pengangguran di bandar dan pekan di bawah 4.5%; import dan eksport makin stabil dan pulih; pendapatan dan pembayaran antarabangsa makin seimbang; peningkatan pendapatan rakyat seimbang dengan peningkatan ekonomi negara; penggunaan sumber tenaga untuk seunit KDNK menurun 3.4% ke atas; pelepasan bahan pencemar utama terus dikurangkan.

Untuk melaksanakan kerja kerajaan tahun ini dengan baik, kita perlu menumpukan perhatian dalam beberapa bidang seperti berikut. Pertama, mengekalkan kestabilan dan berusaha mencapai kemajuan. Kedua, terus mengutamakan pembaharuan pihak pembekalan. Ketiga, meningkatkan permintaan dalam negeri dalam tahap yang munasabah, dan meningkatkan keberkesanannya. Keempat, menggalakkan peralihan daya penggerak lama dengan yang baharu, serta penaiktarafan struktur, berdasarkan inovasi. Kelima, berusaha menyelesaikan pelbagai masalah yang menjadi tumpuan rakyat.


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China